sambil berdiri mendengar khutbah jumaat di mesjid , gua menyandarkan bahu gua ke salah satu tiang .
sambil bersandar gua silang tangan ! Peh , bergaya betul .
pose macam ni memang ' in ' sangat dengan outfit gua yang segak berkain pelikat ketat dan berkemeja tee kolar .
memang gaya brader brader !
depan gua
ada dua orang budak kecik .
lebih kurang darjah tiga ke darjah empat .
budak budak ni pula jenis bebal !
Ada ke patut bergaduh time tengah khutbah .
ini pengaruh budak budak King dengan Dragon la ni !
Gua kasi jegil mata satu kali dekat dia orang .
" pakcik tengok dia ni , pakcik ! Dok kacau orang ni . "
Jahanam !
walaupun ini bukan pengalaman pertama diperlakukan sebegini , ini antara yang melampau .
**********
gua lututkan gigi budak tu ! Habis semuanya berterabur tinggal gusi .
kemudian gua sikukan bahagian atas kepala budak tu ! 3 kali .
budak tu terhuyung hayang sebagai isyarat dia hampir tewas .
badan kecik budak tu gua angkat stail ' clean n jerk ' dan gua hempas ke dalam kolah tempat orang ambil wudhuk .
gua senyum nipis tanda puas !
***********
okay perenggan atas ni gua tipu ! heheheheh .
mengenangkan yang gua berada di dalam mesjid dan di dalam bulan yang mulia , gua sekadar ' tune ' pandangan ke tempat lain .
Gua buat buat fokes dengar khutbah !
ouh ouh yeahhh !





