26 March 2011

hidup ni macam bola . . .

kejap engkau kena tendang , kejap engkau kena tangkap .

bila engkau dah ''gol'' , ada yang seronok , ada yang sedih !

















celaka ! power juga rupanya gua ni buat ayat .


H E H E H E H E H E H E H !



ouh ouh yeahhh ! 

24 March 2011

terharu

" wae, kau tau tadi group aku kena bayar kat library sebelas ringgit lebih sebab pulang buku lambat? " , keluh najib penuh penyesalan .

" sehari lewat sepuluh sen ! kitorang hantar lewat 26 hari " jawap najib bila gua tanya sistem kiraan denda yang dipraktikkan pihak perpustakaan .

" kitorang pinjam taknak tujuh buku pulak kan ! " jelas najib lagi .






tanpa seurat benang di badan dan hanya bertuala pink , najib bergerak perlahan ke bilik air untuk mandi sambil mengakhiri bicara dengan ,

'' kesian doh budak budak lain yang nak pinjam buku buku tu tapi tak dapat sebab kitorang pulangkan lambat ! ''


* * * * *

okay ayat najib yang last tu memang power ! jenis buat gua terharu .
gua lantas terus menyalahkan diri sendiri yang terlalu sibuk dengan urusan duniawi , fesbukwi, dan twitterwi sehingga terlepas pandang yang najib hari demi hari semakin matang dan sudah bersedia dalam mengharungi ranjau kehidupan di luar sana .



ouh ouh yeahhh !

22 March 2011

tips mengambil keputusan spm

  • bangun tidur awal .
  • bersiap hensem hensem .
  • pakai set pakaian nomber satu ! yang paling baru kalau boleh .
  • keluar rumah selawat banyak banyak .



* * * * * * * *
  • kalau result bagus , cepat cepat update status di fesbuk dan twitter ! jenis berlagak .
  • jangan lupa declare dengan makwe yang hang dah lama aim .

  • kalau result tak bagus , pandai pandai la hang pikir alasan nak menjawap kat mak ayah ! kah kah kah .




p/s: paper julai kan ada ! apa da hal ?

ouh ouh yeahhh !

19 March 2011

berdebar

sebagai seorang hero yang lahir dalam keluarga yang mempunyai lima (5) orang hero yang lain , tak banyak benda yang boleh buat gua berdebar !

gua tek reti nak berdebar depan perempuan .
gua tak reti nak berdebar kalau lapar .
gua pun tak reti nak berdebar kalau esok kena hantar esaimen hari ni lepak lagi .

kiranya gua memang tak ' in ' sangat la dengan hal hal berdebar ni !
salah satu hal yang buat gua berdebar pun yang gua boleh ingat , itu hari time gua tengah drive perut buat hal dah tak tahan nak ' melepas ' .
' too fast too furious ' juga gua drive cari mangkuk jamban masa tu ! selamat tak ada benda buruk dan busuk yang terjadi .



tapi musim musim hujan ni memang buat gua berdebar lain macam hari ni !

*******

Astro, lu tolong jangan buat hal malam ni ! tunggu game manchester united habis dulu , lepas tu lu nak terpadam pun pergi mampus la gua tak nak ambil tahu .


team nomber satu paling power ! nomber dua power team futsal gua . 


ouh ouh yeahhh !

18 March 2011

problem 2.45 pagi

sekarang pukul 2.45 pagi ! gua ada satu esaimen nak kena setel kasi hantar hari ni.
mana dengan esaimen, siap dengan test lagi.
masaalahnya sekarang dah dekat dua tiga jam juga gua tersangkut kat perkataan ke 8 baris pertama.
nampak gaya macam jauh lagi perjalanan esaimen gua ni !

time time macam ni memang gua tak berani ambil risiko pekena baring !
ini kalau pekena baring silap silap tengah hari nanti baru celik mata.
esaimen kemana mandi kemana nanti !




hal hal macam ni yang buat gua nak cari gaduh dengan sistem pengajaran dan pembelajaran di malaysia ! Jahanam.

ouh ouh yeahhh !

sibuk

gua sekarang memang sibuk ! kejap sibuk dengan itu, kejap sibuk dengan ini.
gila punya sibuk sampai gua tak tahu nak marah kat sapa. Takkan nak marah kat najib ! tak patut sangat pulak.
semalam gila punya sibuk sampai gua terlupa hal makan ! ini kalau gua dah kawin terbawak bawak perangai sibuk macam ni silap silap anak bini pun gua boleh lupa. Tengok tengok gua dah kawin lain kat siam lupa punya pasal.

gila punya sibuk ! sibuk sibuk pun boleh update blog.


ouh ouh yeahhh !