22 January 2011

tasik

petang tadi.
dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, gua dan najib melalui sebuah tasik berdekatan dengan kawasan perumahan kami.
entah apa yang menarik pun gua tak tahu kenapa ramai sangat orang beriadah dekat tasik itu hari ni.
tak kurang juga pasangan pasangan  bercinta yang duduk bertenggek di tepi tepi tasik sambil si makwe melontar lontar anak batu ke tasik dan si jantan menahan nafsu bergelora di dada !
chewaahhh macam ayat ayat novel pulak bunyi dia ! hehehehe.

bagi tidak menghampakan harapan anak anak gadis yang datang untuk mencuci mata, gua dan najib mengambil keputusan untuk singgah sebentar.

sambil pekena kuih dan air tebu, kami duduk memerhatikan telatah manusia!
ada yang jogging dengan kawan, ada yang jogging dengan makwe dan tak kurang hebatnya, ada juga yang jogging dengan basikal dan motor vespa !

sambil melihat telatah manusia juga, sedikit sebanyak fikiran gua tak dapat lari dari memikirkan perihal tasik dan sumbangannya dalam konteks mencari jodoh.
kalau nak ikutkan kira kira yang gua buat dengan najib, kalau dalam seminggu kitorang ambil 3 hari buat berjogging di tasik, tak mustahil dua tiga orang makwe dah ada dalam tangan ! hehehe.




hal makwe, hal makwe juga, tapi bila dipikir pikirkan balik, entah apa tanggapan masyarakat yang lalu lalang bila nampak gua dengan najib berdua duaan lepak atas batu besar tepi tasik !

cilake !


********
berpegangkan prinsip "balik rumah sebelum azan maghrib" yang diterapkan dalam diri gua sejak kecil lagi, gua ajak najib balik rumah !




ouh ouh yeahhh !


19 January 2011

terima kasih sebab masukkan duit !


abah


notakaki : heheheheh !


ouh ouh yeahhh!

18 January 2011

kain pelikat

ada satu hari tu.
gua kelam kabut cari kain pelikat simpanan !
kain pelikat yang lain semua dah sumbat masuk timba pakaian kotor !
gila apa nak sembahyang pakai seluar basketball londeh sampai tutup lutut.
waktu zohor pun dah tinggal sikit lagi sebelum expired ! gua makin ligat cari kain pelikat.
dalam kepala otak gua memang nampak selimut saja kalau dah memang tak ada sangat kain pelikat !

macam biasa, najib tengah tidur time ni !

sedang gua rancak punggah punggah beg pakaian cari kain pelikat, tiba tiba najib menjerit !
amboih jenis menjerit dah macam makwe makwe sekolah asrama kena histeria.
kang kalau gua tampar budak najib ni, malu dapat, sakit pun dapat !
menjerit jenis tak tahu malu ke jiran tetangga langsung.


"tolong wae ! tolong ! sakit wae ! sakit.." 
kaki najib cramp ! kalau dalam bahasa mudah dia kekejangan otot.

cilake ini first time juga gua tengok orang tidur kena kejang otot ! kalau tengah bersukan tu lain cerita.
gua yang ada pengalaman sikit sikit hendel orang kejang otot ni pun pantas berlari mendapatkan najib ! chewaahhh bunyi dah macam hero hero juga gayanya tu ! hehehe..


gua luruskan kaki najib yang terbaring tu ke atas.
gua tekan hujung tapak kaki dia kebawah.
gua tolak kaki dia ke depan kebelakang, kedepan kebelakang ! ewahhh..

dalam 5 minit, kaki najib dah okay sikit.
gua biar dia tarik nafas dua tiga round.

dalam dua tiga minit lepas tu, najib sambung berdengkur balik ! cilake.





pung pang pung pang cerita punya cerita, last last gua sembahyang zohor pakai seluar jeans belum seterika ! hehehe..




ouh ouh yeahhh !

08 January 2011

sabtu malam

gua sekarang kat rumah sewa di shah alam !
kalau ikut jam di telefon tangan gua sekarang, dah pukul 8.18 malam.
cilaka macam pantun dua kerat pula bunyi dia.

masaalahnya sekarang, apa jadah gua dengan najib berdua ja kat rumah malam malam minggu macam ni ! gua tengok najib, najib tengok gua. najib ni pula dah start main lagu lagu sixth sense di winamp dia jenis ulang dua tiga kali ! kang nanti gua tumbuk juga rusuk kiri najib ni, bosan punya pasal.

okay sekarang baik gua cepat cepat pikir nak buat apa malam ni sementara malam masih muda ! kang nanti kalau malam dah masuk kategori senior citizen dah tak sedap dah nak buat aktiviti.





jangan sampai gua main jentik tudung botol dengan najib bosan punya pasal ! dah teruk benar gayanya tu.



ouh ouh yeahhh !