Showing posts with label #random. Show all posts
Showing posts with label #random. Show all posts

01 June 2012

#random 3


Kalaulah idea itu selalu datang semudah membuka suis lampu.






ouh ouh yeahhh !

13 February 2012

#random 2

1. Ikea

2. Library

3. Bookstores

4. Pet shops

5. Toys r Us



ouh ouh yeahhh !


17 January 2012

(Selasa, 4.15am)

Terkilan.
Bila Wae Ismael tulis perkataan 'terkilan', kamu semua patut sedar Wae Ismael sedang serius.
Kamu bayangkanlah.
Hampir lima ringgit (RM5) aku laburkan untuk berjaga malam.
Yes. Aku beli satu tin Livita sama satu bungkus kopi panas.
Untuk apa berjaga malam?
Berjaga malam demi satu niat suci. Study.
Ah study last minit pun study juga kan?
Bak kata pepatah orang putih, "Its never too late to study last minit."
Kalau ada orang tanya siapa orang putih tu, jawap "Mr. Izzhuairi".


Terkilan.
Terkilan sebab salah satu punca aku masih berjaga hingga saat ini ialah disebabkan sakit perut.
Dan sedikit kekerapan terkentut.
Berjaga ke mana, study ke mana.
Tahulah kita semua sekarang bahawa Livita sama kopi bukanlah satu campuran kimia yang baik.


Sekarang ni aku cuma mampu tahan sakit perut ini.
Dan biarkan ia pergi hanya sekadar sebuah kentut.
Kentut yang berhemah dan pendiam. 
Sama seperti tuan badannya. Ehem.
Bau? Ah bau tu hal subjektif.
Wangi bagi aku, mungkin busuk bagi kamu semua.
Maaf. Aku tak dapat beri sebuah kentut yang dapat puaskan hati dan hidung semua orang.
Tapi aku masih berpegang kuat pada satu prinsip dalam ber-kentut.


" I kentut to express, not to impress. "












Macam gampang ! Bye.





ouh ouh yeahhh !


14 January 2012

#random

Dua hari lepas aku tengok cerita Ombak Rindu tu.
Kelakar.
Aku kerap gelak masa tengok cerita tu.
Bukan. Bukan sebab aku ego dan cuba melindungi kesedihan didalam hati ini.
Ada sesetengah scene dalam cerita tu kelakar bagi aku.
Makcik 'hantu Kak Limah' yang seronok sangat melompat dari bumbung ke bumbung sehingga tiba tiba lumpuh dan terpaksa minta bantuan Izzah untuk dimandikan misalnya.
Dan makcik 'nak tengok saja pun boleh' dalam Songlap yang tiba tiba jadi alim.


Aku rasa aku boleh tulis cerita lagi sedih dari tu.
Aku rasa la.
Tapi siapa la aku ni.
Cuma seorang Wae Ismael.
Yang juga dikenali sebagai Jaszle Arman di Sarawak.
Kenapa Jaszle Arman di Sarawak?
Hah nanti aku cerita.

Dan kenapa aku menggunakan kata ganti diri 'aku' dan bukan 'gua' macam selalu?
Hah ini azam tahun baru.
Jangan tanya kenapa.
Heheheheheh !


********
Aku rasa sejak kebelakangan ni aku dah mula jadi narcissist.
Aku kerap buka profile sendiri di Facebook.
Tatap gambar profile sendiri lama lama.
Senyum.
Kerana apa?
Kerana diriku begitu berharga. (baca gaya macam iklan Olay)



*krik krik krik*



Tak tahu narcissist tu apa?
Pergi Google. Usaha sikit.
Aku pun Google masa mula mula terbaca perkataan tu dulu.
Sebab apa aku Google?
Sebab aku tak Yahoo perkataan tu.
Heheheheheheheheheheheheheheheh !
Okay, tak lawak.


*********

Okaylah aku sambung baca nota kejap.
Aku ada exam pulak pukul 2 nanti.
Doakan.




ouh ouh yeahhh !