Showing posts with label Roy menulis ( the series ). Show all posts
Showing posts with label Roy menulis ( the series ). Show all posts

09 January 2013

Roy Menulis #10


Hi, peminats.


Menjadi seorang boy bernama Roy, the general rule is, jangan easily terpedaya dengan pujuk rayu kaum yang satu lagi, ‘girls’.



Beberapa bulan yang lepas.

I tengah tengok New Girl episode yang ke–‘sorry I tak ingat berapa’ bila suddenly I terima satu text message.

“Hi Roy ! This is Sophea.”

Sophea, cousin kepada one of my friends, Intan. 
Cantik (In case you cuba nak bayangkan, just pick any girl cantik yang you kenal. Okay the exaggeration is, this Sophea is dua kali ganda cantiknya.), awal 20an, rambut paras bahu, berkulit cerah, bermata coklat dan masih belajar di Taylor's.
Wow, kagumnya I dengan diri sendiri. Jarang I ingat this banyak pasal girl yang I baru kenal. Selalunya I cuma ingat nama dan special features. Muka yang cantik, misalnya.

Dia hantar text message. Okay, now where she made a mistake.
Kenapa hantar text message bila you have another option, which is you boleh buat call. 
At least, I ambil serious dengan girls yang tunjuk effort dengan kumpul courage and taking all the risks untuk call I.

New Girl episode yang ke–‘sorry I tak ingat berapa’ ni masih ada durasi kurang lebih 15 minit untuk tamat. I tak reply text tu dan sambung tengok how douchebag Schmidt is. I rasa character Schmidt tu tak well-developed supaya nampak that douchebag's characteristics. Come on, douchebag is not all about self-deluded, vain, womanizer and stuffs like that. There are more ways to show how douchey someone is, like...
Oh kat mana kita sebenarnya tadi?

Sorry.


Okay berbalik kepada cerita kita tadi, few minutes later she called.

“Hello, Roy ! Ni Roy Romeo kan?”

“Yea Roy ni.”

“Hi Roy. Sophea. Ingat tak yang kat cafe minggu lepas.”


Again, menjadi seorang boy bernama Roy, the second general rule is, don't do something yang indirectly bagi harapan pada mana mana girls. So, I buat buat lupa.


“Sophea? Sorry la, which Sophia eh?” I tanya.

“Sophea, I cousin Intan. That day Intan ada kenalkan dengan you kat cafe tu.”

“Ouh you. That Taylor's girl, kan? Yeah, ada apa eh?”

“Nothing. I dapat your number dari Intan and saja call you. Emmm by the way, you free tak, Roy?”

Okay this is where the ayat pancing and those stuffs selalunya start. Kenapa ayat with words like 'nothing' and 'saja call', diakhiri dengan soalan free ke tak? Pancing at its best. I harus berhati hati. Kena keep it cool macam biasa.

“By the way ke, by the sky ke, even by the sea pun, mana ada benda free dalam dunia ni, saudari.” I jual mahal dalam bentuk kelakar hambar. 

“Hahahaha you funny. I ingat kalau you free I nak ajak teman I dinner. Kawan kawan I semua keluar. Boringlah, Roy. Free tak? Let's la. Its on me.” 

Girls, bila mereka explain dalam nada manja dan konon konon sedih begini, kita boys patut tahu yang kita actually berada dalam posisi bahaya dimana possibility tinggi untuk kita setuju keluar makan dan akhirnya tertipu dan menjadi mangsa kepada topik topik perbualan (which is not actually a perbualan, kerana kita yang good boys ni sama ada sukarela or paksarela, most of the time cuma duduk lending our ear to listen) yang mostly berkisarkan their problems dengan orang yang kita langsung tak kenal, sale dekat malls and kadang kadang fashion. You know, those girls' thingy. 


Then...

“Kawan kawan you semua pergi mana?” I cuba elak daripada soalan tadi.

“They all pergi tengok movie. 'Istanbul Aku Datang'.”

“So, kenapa you tak join? I dengar cerita tu sweet. You girls suka la kan cerita cerita sweet ni?”


“Roy, kalau I nak spend my precious time an hour lebih and beberapa ringgit untuk something yang sweet and yang will make me go ‘Awwwww’, baik I spend time dengan you belanja you makan. I dapat benda yang sama.”


* * * * *

Cut the crap. 

I kalah malam tu. How could you, a reasonable boy, tolak such permintaan. Plus, dia ada good reason untuk something yang dia rasa worth it, which is spend masa dengan I, (ehem) Roy Romeo.
It was a win-win situation though. 


* * * * *



Menjadi seorang boy bernama Roy, the general rule is, jangan easily terpedaya dengan pujuk rayu kaum yang satu lagi, ‘girls’.


But boys, ingat, there's always an exception to the general rule.




Till then, people. Jaga diri.




25 June 2012

Roy Menulis # 9

“ Please ! Please ! Pleaseeeeeee ! " Satu suara nyaring keluar dari dalam iphone I.
“ Temankanla I dinner malam ni. I’ll pick you up at 8.30 and I promise it won’t be long. Please.”

Dia merayu lagi.
I always know this petite girl takkan mudah mengalah tiap kali nak ajak I keluar.
This is not the first time and kali ni pun I tetap tak akan tergoda dengan pujukan manja gadis kacukkan ni. 
Oh by the way, ibu dia orang Rusia.


“ I sibuk. I tengah menulis. Bila I menulis I tak suka diganggu.”

“ Tapi..”  Dia menyampuk.

“ Lagipun kejap lagi I nak kena tengok MasterChef. Semalam I dah janji dengan Thanuja nak tengok dia dalam MasterChef malam ni. Nanti dia merajuk lagi.” I tambah alasan.


“ So betullah my friends cakap pasal you dengan Thanuja tu? Okay.” Dia buat suara sedih. Kesian.


I diam. Tak boleh layan sangat.


“ You menulis apa? Buku baru you? ”

“ Yes. Autobiography I.”

“ Dah ada tajuk? ”

“ Dah. ‘Roy : Never have a crush. A crush to every girl'. Apa pendapat you? ”
 
Shit ! Tertanya pendapat pulak. Terberi peluang untuk dia berborak dengan I lebih panjang pulak. Terbagi harapan pulak.


“ Roy !! I suka tajuk tu. It sooo you Roy. And I boleh relate.”


“I tahu. Semua girls cakap benda sama bila I cerita.”



Tiba tiba I dapat idea.

“Ouh ada incoming call. I think it’s Thanuja. Bye ! ” I off call.


I masukkan iphone dalam poket jeans.
I berlari lari anak masuk ke dalam rumah. Terus ke dapur.
I sambung makan Banana Split with Oreo.
Depan I ada Chinese girl tengah lap meja.


“ Sedap." I puji.

" Honestly, I think you’re the only best thing about MasterChef Selebriti Malaysia. ”




Dia senyum.  

“ Awww thank you ! That’s so sweet of you Roy.” jawap Wincci.




Ouh Soo Wincci !



30 May 2012

Roy Menulis # 8

I was on Facebook when suddenly Mama datang duduk depan I.


"Roy." Mama hulur secawan kopi.

"Anak Mama buat apa tu?"


"Nothing. Just tengok balik gambar gambar dalam album Profile Pictures I ni." I jawap.

"Kenapa?"

"Saja. I tengah cari mana button nak tukar nama album ni."


"Itu kan album Profile Pictures, sayang. Setahu Mama tak boleh tukar nama. You nak tukar album tu nama apa pun?" then Mama hirup kopi Mama.








"God's Masterpiece."


I basah. Basah dengan semburan kopi Mama.



24 April 2012

Roy Menulis # 7

Tadi.
I was on Twitter when suddenly Mama minta tolong sapukan sejenis cecair ke kepala dia.
I ingat dia mintak picitkan kepala. Macam selalu bila I balik bercuti.
Rupanya Mama mintak tolong I sapukan cecair penyubur rambut Mustika Ratu.
Sapukan ke seluruh kulit kepala Mama.

I tak pernah tengok minyak ni. Baru beli agaknya.


"Tolong Roy." Mama mintak tolong lembut.


Hampir sejam I titis dan sapukan cecair tu ke bahagian kepala Mama yang kekurangan rambut and cuma nampak warna kulit kepala.
I selak rambut Mama, I sapu cecair tu.
I selak, I sapu.
I main main dengan rambut Mama.
I selang seli dengan sikatkan rambut dia dan picit sikit sikit.


Macam macam main dalam kepala I.



Ironi.
Mama, she used to see my hair growing day by day back then when I was a baby.
And now I pulak sedang tengok rambut Mama semakin hari, semakin kurang.


Lembap rambut mama dengan cecair Mustika Ratu tu sekarang dah bercampur dengan setitis air mata I.

Eh mana ada I menangis !
It was just a stupid dust in my eyes okay.
Hero tak menangis.

I hero cerita ni.

                                                             * * * * *


Mama terlena.



Sebelum I tinggalkan Mama, Mama pesan something.
"Malam esok sapu rambut Mama dengan minyak Baby Johnson pulak eh?" 


I senyum.




23 April 2012

Roy Menulis # 6

Semalam I keluar dengan Mama. Saja saja keluar minum petang.
Bila I balik bercuti di rumah, Mama memang suka ajak I keluar shopping or minum minum sometime.
I faham perasaan Mama. Tak banyak perkara dalam hidup dia yang dia boleh bawa keluar dan banggakan selain I. 

Yes.



"Ma, random. I rasa lagu Anggapanmu by Ziana Zain tu masuk sangat dengan suara I."


Mama mendengar.


"I've been thinking bout this past few days and I betul betul rasa lagu tu menguji kekuatan vokal I dan I rasa you should know bout this."




Mama nampak calm. Muka jernih Mama sedikit pun tak berubah.
Sambil hirup her Stabucks' Caramel Macchiato, Mama pandang I.





"Sooooo..." I sambung.

"Since you are my best listener, Red Box jom?"









Mama tukar topik.

Hal pelajaran.


09 September 2011

Roy Menulis # 5

Petang tadi, sedang I asyik bermain Angry Birds di iPhone tiba tiba I dapat satu text message. Dari Hotlink.

Pelanggan dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Sila layari hotlink.com.my


I reply balik ke Hotlink,

6% my ass !!


I lempar iPhone tu ke dinding.
I ambil kunci kereta, I keluar.


Pergi jahanam dengan Angry Birds ! Ini Angry Roy.

*****

19 August 2011

Roy menulis # 4

Petang tadi, sementara menunggu waktu berbuka, I dengan mama buat kerja kerja gardening sikit . Yes, I prefer kerja kerja gardening macam ni instead of Farmville. Jangan tanya kenapa sebab I memang minat benda benda macam ni dari dulu. Maybe ni salah satu specialties I yang tiada pada laki laki lain.
I tahu ! I dah kerap sangat dengar hal hal macam ni daripada girls yang I kenal. Lagipun body I yang solid ni nak buat apa lagi kalau tak disumbangkan untuk tolong Mama I dalam kerja kerja macam ni.


“ Roy, Mama tengok Roy ni ramai sangat kawan perempuan. Takkanla takda sorang pun yang You suka. Carilah girlfriend sorang Roy. ”

Mama mula cari topic nak berbual dengan I.


“ Mama, diaorang tu semua just my bestfriends. I ni pula dah macam ‘the-always-be-there-boy’ for them la Mama. When they need me, I’m theirs ”


I jawap sambil siram bunga orkid Mama dari China.

“ Amboih ! Jealousnya Mama dengar. Kalau macam tu Mama pun nak jadi kawan baik Roy la. Roy tu bila dah balik university nanti mula la lupakan Mama. Nak call pun jarang kan. ”


Mama I dah mula buka muslihat nak merajuk dia. I tahu sebenarnya dia ada maksud tersirat lain ni.



“Mama, You always be my number one bestfriend la you know? Kita dah kenal lama kan ? ”
 
I cuba buat kelakar.


Mama senyum. Tapi kali ni senyuman Mama lain macam sikit.



“ So, bila you nak approve my friend request on Facebook, ' kawan baik ' ?
"





( . . . ) *awkward silence*






“Eh, I dengar macam ada bunyi orang call my phone la. I've got to go. “


I jalan laju.



Mama mengeluh macam biasa,
“ Roy, Roy ! Hati kau keras nak. ”

*******


15 August 2011

Roy menulis # 3

Pagi tadi, sambil menonton tv dengan Mama I, I tolong dia lipat pakaian.

" Mama, I ingat I malas kawen la. I nak hidup bujang, jadi hot bachelor. I nak kumpul duit and have fun . What say you Mama ? "

" You cakap apa ni Roy ?! " Mama I mula tinggi suara.

Then dia sambung lagi.
I tahu dia dah nak mula syarahan dia. So I betulkan duduk I.

" You tahu tak Roy, apa kesan tindakan You tu nanti ? You jangan nak fikir 'have fun' You sorang ! Don't be selfish. "

Belum sempat I mencelah, Mama sambung lagi.

" You tahu tak dengan keputusan You tu, berapa hati perempuan You dah kecewakan ? You boleh lupakan tentang hati Mama ni, tapi macam mana dengan ramai gadis gadis kat luar sana yang mengharapkan You, Roy ? "

I buat buat tengok tv.

" You tahu tak berapa ramai gadis yang berada didalam kerugian sebab tindakan You ni ? "

" I tahu Mama but I've made up my mind. "

Mama I tak puas hati lagi.

" Azroy, dengar sini anak Mama." Mama I cuba memujuk.

" Institusi kekeluargaan perlukan orang bertanggungjawab macam Roy, gadis gadis perlukan suami penyayang macam Roy, dunia ni perlukan baby baby yang comel dari Roy, and baby baby tu semua need a daddy like you. The perfect one. "


I tinggalkan Mama dengan dua tiga helai lagi pakaian yang belum berlipat.



Mama mengeluh macam selalu, 
" Roy, Roy ! Hati kau keras nak. "

******

10 August 2011

Roy menulis # 2

Tadi masa I baru bangun tidur, I cepat cepat capai tuala nak pergi mandi.
Tiba tiba I terperasan sesuatu dekat cermin. I jadi marah. Marah sangat sangat.

I cabut terompah kat kaki I and baling ke cermin tu ! Cermin pecah.

I masuk bilik air nak mandi.
Baru saja i nak ambil air dari kolah mandi, I terperasan bayangan tu lagi. 
Dalam air.
I cabut terompah di kaki I yang tinggal lagi sebelah, sebab lagi sebelah I dah baling ke cermin tadi.
Terompah tu I baling pula ke air dalam kolah sebagai tanda geram.

I tendang pintu bilik air.
Then I keluar cari mama I.

Ouh time tu mama I dekat ruang tamu tengah repair tv LCD yang rosak lepas I baling terompah itu hari. ( Rujuk sini )


I jerit dekat mama I,
 
" Ni kenapa I asyik nampak orang hensem je ni mama?! "



mama I geleng kepala tiga kali sambil mengeluh,
" Roy, Roy ! Hati kau keras nak. "

********


08 August 2011

Roy menulis # 1

Hai nama I Azroy. You guys boleh panggil I Roy.
Mulai hari ni I mula bertugas sebagai penulis tamu di blog ni.
Wae merayu mintak tolong I.
I syak sebab dia dah takda modal nak menulis lagi.
Apa apa pun sila beri sokongan padu kepada I ye :)


******

Beberapa hari lepas I ada menonton satu drama Melayu dengan mama I di televisi.
Yes, i tulis televisi sebab ni bahasa Melayu untuk 'television'! macam inovasi selepas dialih bahasa daripada 'innovation'. Tapi I tak pernah dengar pulak orang alih bahasa 'tuition' jadi tuisi. Hmmm ~



( . . . ) *bunyi cengkerek*




Drama tu sedih.
Kononnya budak laki ni kerja keras kumpul gaji sampai RM 1200 untuk perbelanjaan pembedahan kaki emak dia yang ada kencing manis. Kesian mak dia. 
Kaki dah bernanah teruk tau !


Sebagai anak yang soleh, budak ni pun pergi la bagi duit ni kat emak dia.
Kondisi ( condition ) mak dia dah teruk sangat masa tu !
Terlantar je atas katil.
Dia suruh mak dia guna duit tu untuk perbelanjaan pembedahan kaki.


Kat sini yang I tak paham ! 
Dah tahu emak dia sakit kaki bernanah teruk, instead of bagi duit tu kat mak dia lebih baik dia sendiri yang bawak emak dia pergi ke hospital. 
Betul tak?


Sebab dia bagi duit tu ke tangan mak dia jugak lah, ayah dia yang kaki judi telah curi duit tu sebab emak dia pun satu hal juga pergi letak atas meja yang senang nampak dek mata.
See? kalau dia sendiri yang simpan duit tu and bawak mak dia pergi ke hospital mesti benda benda macam ni takkan jadi kan?
Sebab sebab macam ni lah yang buat I benci dengan drama drama sedih Melayu.


I cabut and baling terompah yang I pakai ke tv LCD tu !
Yes , I memang pakai terompah dalam rumah. In case berlaku hal hal macam ni !


I cepat cepat masuk bilik hempuk pintu !
Dari jauh sayup sayup kedengaran suara mama I mengeluh,

" Roy, Roy ! Hati kau keras nak . "


******