29 July 2011

pisang

Tadi awal juga gua pergi ke mesjid nak sembahyang Jumaat ! Rezeki juga pergi mesjid awal ni rupanya , pisang free orang sedekah buat kenduri pun banyak lagi . Bila dah banyak pilihan , semestinya gua berada dipihak yang untung . Boleh juga pilih pisang lawa lawa yang kaler dia kuning kuning sedap .

Pisang ni pun macam Harimau Malaya juga gua perati . Jenis kaler hitam kuning . Tapi nak panggil Pisang Malaya pun macam tak kena juga bunyi dia sebab tu Pisang Emas . Pisang Emas ni punya la power sampai ada orang buat pantun empat kerat " Pisang Emas dibawa belayar ". Kenapa mesti Pisang Emas sedangkan banyak lagi pisang lain dalam dunia ni yang boleh dibawa berlayar ? Pisang Awak misalnya . Tapi yela bila pikir pikir balik takkan la Pisang Awak saya yang nak kena bawa berlayar kan ? Awak la bawak sendiri .

keh keh keh !



Okayla gua sendiri pun dah tak reti nak bawa cerita ni sampai mana lagi ! Malu juga sebenarnya tulis benda benda merapu hari hari Jumaat baik macam ni . Hari Jumaat ni patutnya tulis benda elok elok .

Tapi bila cakap pasal Jumaat pulak terus gua teringat Jumaat Jantan pemain Singapura yang pura pura nazak atas padang semalam ! Nama saja anak Jantan tapi sentuh sikit dah jatuh .

Jahanam !



ouh ouh yeahhh !

17 July 2011

gua percaya

* menulis dari pemikiran seorang ‘reasonable man’ dan atas dasar perikemanusiaan, bukan dari pandangan seorang peminat Manchester United ! *

***






Pendahuluan :

ibu gua sering berpesan ,

“ kalau kita tak suka orang buat sesuatu benda tu kat kita , kita jangan sekali-kali buat benda tu kat orang lain ”



Isi isi penting :

1)      Gua percaya semua agama membenci perbuatan menjatuhkan maruah orang di khalayak umum .
2)      Gua percaya doa orang teraniaya mudah dimakbulkan tuhan .
3)      Gua percaya peminat Liverpool di Malaysia semuanya ‘ true ’ belaka . Liverpool nomber satu , perikemanusiaan tolak tepi .
4)      Gua percaya semua penyokong Liverpool tu tak berani buat benda yang sama kalau depa sorang sorang one on one dengan brader jersi Manchester tu . Jenis perangai hero kampung ! Berani bila ramai , pengecut bila sorang .
5)      Gua percaya kalau brader jersi Manchester tu badan jenis Sazali Samad atau brader iklan shieldtox , semua penyokong Liverpool tu diam buat buat tak nampak .
6)      Gua percaya yang gua pun akan malu tak tahu nak letak muka kat mana kalau budak budak Manchester buat benda yang sama macam dalam video tu kat budak Liverpool .
7)      Gua percaya brader jersi Manchester tu memang buat benda bodoh pada mulanya tapi gua nak tanya ni , last last sapa yang nampak bodoh dalam video tu sekarang ? KAH KAH KAH
8)  Gua percaya yang kita semua bukan warganegara England pun sampai nak bertekak pasal hal ni . Semuanya makan nasik , makan sambal belacan , makan roti canai , berak tahik .
       9)  Gua percaya ramai kawan kawan Liverpool akan '' dendam benci
           kesumat kutuk belakang unfriend fesbuk '' sama gua lepas baca
           ni .
      10)  why so serious ?





Kesimpulan :

‘ merah ’ sama ‘ merah ’ berkelahi , ‘ kuning hitam ’ ketawa dari jauh !
Cik baba jatuh dalam parit , cik aminah ketawa jerit jerit .


KAH KAH KAH !



******




Dalam masa yang sama , masih ada satu pasukan yang GUA PERCAYA masih power -




hangpa semua tak percaya ? kah kah kah. Gua peduli apa ?



ouh ouh yeahhh !

16 July 2011

Projek Jahanam

Ramadhan tahun lepas gua pernah plan nak bikin satu projek !
" Diari Ramadhan Wae " gua kasi nama .
KAH KAH KAH !
Yes , memang bunyi macam drama TV3 main time lepas berbuka !
jahanam juga bila pikir pikir balik .
Gua main petik saja nama tu .

Dasar perangai " hot hot chicken's shit " , projek ni sempat bertahan sampai episod kelima saja !
Lepas tu projek kemana , diari kemana .
Terbengkalai .
Gua pun tak ingat sebab apa terbengkalai projek tu .
Mungkin juga sebab gua cuba beri perhatian penuh pada ibadah Ramadhan .
Mungkin .




*****

Memandangkan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi , gua ambil keputusan untuk post semula link episod episod dalam projek tu !
Senang sikit lu orang nak tangkap feel Ramadhan ye dak ? heheheheheheh !



Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5


okay !



ouh ouh yeahhh !

11 July 2011

pakar judi

pakar bedah ? pakar sakit puan ? pakar forensik ? itu semua dah mainstream sangat ! Pakar Judi ni la baru underground sikit .

Hari ni gua lepak sama Pakar Judi .
Jahanam , nasib baik gua masih ada sedikit pertimbangan ! Kalau tak time time tu juga gua lari pergi seven E beli kad ajak pekena sepam dua dalam ofis .

Brader Pakar Judi ni pegawai polis juga . Dia ni bukan main main punya pakar ! Dilantik oleh Menteri Kewangan tu . Pakar Judi ni la yang hendel kes kes judi . Magnum , lumba kuda , judi bola , semua dalam otak dia ! power , power .

Seperti yang diceritakan kepada gua tadi , nak jadi Pakar Judi ni kena pergi kursus di Cheras .
Sempat juga gua bertanya kepada brader Pakar Judi , tak kena buat prektikel ke ?
Rupanya memang kena buat prektikel . Prektikel dia di Genting Highland .
Kalau dah di Genting Highland apa jadah nak buat prektikel kat kawasan permainan kota keriangan ! Mestilah kat kasino .






" jadi pakar judi ni bukan dapat elaun pun ! " keluh brader Pakar Judi .






*****

Pakar tu pakar jugak , tapi bab pakai tie merah jambu masuk mahkamah masa bagi penerangan kes tadi memang cari pasal ! Satu hal pulak kena tegur dengan gua punya bos .


ouh ouh yeahhh !