20 August 2014

Ekspektasi vs Realiti

Hai, apa khabar? Lama betul saya tidak menulis di sini.

Okay, tu je intro.


* * * * *

Masuk hari ini, sudah tiga hari telefon bimbit saya rosak. Mungkin sudah empat hari. Entahlah. Memori saya agak kurang baik, secara jujurnya.

Saya agak kagum dengan diri saya kerana mampu bertahan tanpa telefon bimbit sejauh ini. Untuk pengetahuan pembaca, saya seorang yang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit sebelum ini. Kecualilah jika telefon bimbit saya yang juga telefon pintar itu tiada akses kepada internet. Telefon pintar hanyalah sekadar telefon biasa seperti ‘telefon-telefon marhaen yang kita pernah guna di zaman sekolah dulu, ingat tak?’ sekiranya tiada akses ke internet.

Kadang kala, ketika hanyut dibuai angin sunyi malam hari, saya tertanya-tanya, bagaimana sekiranya ada seorang gadis cuba menghubungi saya dalam waktu-waktu sebegini. Bagaimana jika dia berjaya ‘put all her courage together’ untuk berterus-terang dengan saya yang selama ini dia punya hati dan rasa cinta terhadap saya, dan dia ikhlas tentang itu. Bukan semata-mata hanya kerana saya ini lelaki yang seimbang eloknya budi pekerti dan paras rupa. 

Bagaimana pula sekiranya ada gadis lain yang bukan dari kalangan rakan-rakan saya dan 'followers' saya di media sosial yang risaukan saya setelah dia melihat 'last seen' di WhatsApp saya yang bertarikh beberapa hari lepas?

Bagaimana?

Ya, saya boleh saja mengeluarkan kad sim dari telefon pintar saya dan memasukkannya ke dalam telefon bimbit ibu saya bagi memeriksa sekiranya ada ‘missed call’ dari sesiapa. Saya juga boleh mengambil inisiatif lebih baik dengan menghantar telefon pintar saya ke kedai bagi tujuan membaik pulih. Tetapi persoalannya sekarang, mengapa saya begitu malas untuk berusaha ke arah itu dan hanya berpeluk tubuh melihat telefon pintar saya terbaring kaku dalam ‘mode off’?

Sehingga waktu itu tiba, biarlah buat sementara ini saya berteka-teki memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang telefon pintar saya itu masih rosak kerana pada hakikatnya, saya begitu pasti yang saya bakal kecewa apabila telefon pintar saya itu sudah berjaya dihidupkan nanti, saya cuma bakal menerima satu pesanan ringkas dari Digi yang mengatakan nilai prabayar saya sudah tamat tempoh dan perlu di-tambahnilai-kan sebelum 75 hari bermula dari tarikh pesanan itu diterima bagi mengelakkan pemotongan.

Dan bagi menambah kepada kekecewaan itu, tidak ada ‘missed call’ atau pun pesanan ringkas dari gadis yang dalam diam punya hati dan rasa cinta terhadap saya dan dia ikhlas tentang itu. Bukan semata-mata hanya kerana saya ini lelaki yang seimbang eloknya budi pekerti dan paras rupa.



Ya, kehidupan saya memang se-'pathetic' ini.




p/s: Saya sekarang banyak membuang masa berfikir apa untuk ditulis di sini(http://malasupdate.blogspot.com/). Jemputlah.