28 June 2011

prektikel

Hari ni dah masuk hari kedua gua berprektikel ! esok public holiday pula .
Hal hal macam ni yang gua tak berapa gemar . Kerja sekejap , cuti ! Kerja sekejap , cuti !
Macam mana nak dapat momentum untuk cemerlang didalam karier kalau macam ni punya gaya ?

Sebenarnya yang buat prektikel di mahkamah mejistret Kulim ni dua orang saja ! Gua dengan sorang lagi kawan , Fadzlan nama dia .
Hari pertama kerja kami dah dapat ofis sendiri ! Peh dia punya luas dah macam bilik pengantin baru .
Dia punya ekon pulak ada sampai dua ! sejuk kemain . Dalam satu hari kerja, susah juga la gua nak berpeluh . Kalau betul nak berpeluh pun gua terpaksa pergi tandas " buat hal " dengan jamban dalam 10 ke 15 minit baru boleh berpeluh sikit kat dahi . Sikit !

Ofis gua pulak siap ada tiga table kerja dengan kerusi mampu goyang ala kerusi pegawai pegawai .
Gua amik satu , Fadzlan amik satu , dan satu lagi table yang siap dengan telefon tu , belum ada orang yang punya ! Telefon atas table tu gua sendiri pun belum tahu nomber dia . Nanti kalau gua dah tahu gua kasi tahu ke lu orang . Senang sikit nanti kalau kalau nak kontek gua . Yela kalau nak kontek gua melalui makcik jaga telefon kat bawah tu leceh !

Lagi satu gua ingat nak mintak kat pihak mahkamah setiausaha sorang untuk isi kekosongan table bertelefon tersebut . Boleh juga buat angkat panggilan masuk ke , suruh pergi beli surat khabar ke , beli roti canai dengan teh ais ke , dan kerja kerja kesetiausahaan yang lain . Kan ke mudah sikit kerja gua dengan Fadzlan lepas ni ?

Setakat dua hari berprektikal ni gua dapat simpulkan yang jadual kerja gua ni sebenarnya agak fleksibel !
Pukul 7. 45 pagi gua masuk kerja . Yes ! memang awal sikit dari orang lain sebab mesin punch card tempat gua tu setting dia agak celaka 10 minit cepat . Punch in pukul 7. 45 pun dia tulis 7. 58 ! Jahanam.

Lepas punch card , amik kunci pergi bukak ofis lepak lepak kejap tanya khabar Fadzlan apa patut sampai la pukul 9 lebih , gua masuk court dengar sebutan kes .
Gua syak orang orang Kulim ni masih dalam lingkungan terkawal diaorang punya disiplin ! Jenis jenayah kecik kecik . Curi susu tepung , curi motor , curi leptop , curi henfon dan curi curi yang lain . Belum ada lagi kes bakar rumah setakat ni .
Tapi sorang brader semalam tu power juga dia ! Jenis sorok dadah dalam perut .

Dalam sejam lebih macam tu , sebutan kes pun habis la ! Gua balik masuk ofis .
Time time macam ni kalau tak pekena tidur , gua akan baca novel , tak pun pekena movie kat leptop macam hari ni .

Pukul 1 gua balik rumah pekena lunch .

Pukul 2 lebih gua balik ofis sambung pekena movie ke , apa apa yang patut dalam external hard disk tu sampai la pukul 5 !

Pukul 5 lebih , buat buat muka letih pergi hantar kunci kat main ofis bagi salam apa patut kat rakan rakan sekerja yang lain lepastu terus balik rumah ! Setel .

******

Setakat hari ni , inilah jaduah kerja gua ! Belum ada kerja sain sain dokimen lagi .
Gua pun belum cukup boring lagi sampai nak kena bawak dam ular buat main dengan Fadzlan !

Bila pikir pikir balik patutlah prektikal di mahkamah ni tak dapat gaji ! Kalau tak , rasa bersalah juga gua makan gaji buta hari hari . Hehehehehe












Ouh lupa gua nak bagitahu ! Ofis gua tu sebenarnya bilik library mahkamah .


ouh ouh yeahhh !

26 June 2011

Abang Atan

abang Atan ni tukang gunting rambut !
dari gua kecik rambut nipis sampai la sekarang dah dewasa dan rambut pun dah tebal , kalau gua kat Kulim , pasti gua akan gunting rambut kat kedai dia .
bukan gua sorang saja ! tolak ibu gua , semua ahli keluarga gua gunting rambut dengan abang Atan termasuk abah gua . Dah berapa tahun dah pun gua sendiri tak ingat . Abang Atan ni pun dah macam jurugunting rambut rasmi famili gua .

Tak silap gua , dulu masa gua kecik gua penah dendam sekejap dengan abang Atan ni .
Jenis ganas dalam menggunting rambut ! Sampai calar belakang leher gua dia cukur .

Tapi tu kisah dulu time gua budak budak .

********

Esok gua mula prektikal di mahkamah mejistret kulim .
So gua kena edjas rambut panjang gua ni kasi kemas sikit gaya orang kerja gomen !


" abang Atan , saya nak gunting pendek ni bukan sebab apa , esok start prektikal "

" ouh prektikal kat mana ? "

" tu kat court tu ! "

" mana ? Court Mammoth ? "





gua jadi serba salah nak respon macam mana !


jahanam !


ouh ouh yeahhh !

14 June 2011

#childhoodmemory

Dulu masa kecik kecik gua memang keras kepala ! jenis sikit sikit nak merajuk .

Tak dapat kasut sekolah jenis tali mengamuk , kena paksa gunting rambut mengamuk , tak dapat keluar petang petang main sketbod pun nak mengamuk ! sikit sikit mengamuk la kiranya .

Bila dah asyik tak puas hati , pernah juga gua terlintas nak lari dari rumah ! pergi jauh jauh hidup berdikari takdak orang kongkong . Tak sedar diri duit simpan cuma ada berapa puluh ringgit saja tinggal . Itu pun hasil kutipan duit raya . Kalau nak menabung jangan harap la time tu . Tabung dapat free bentuk menara tabung haji tu pun penutup bawah dia entah hilang pergi kemana hala .

Lagi pun time tu gua plan kalau lari dari rumah pun bukan banyak benda kena angkut . Bag galas satu dengan sketbod pun dah cukup . Apa jadah nak lari dari rumah bawak bag akademi fantasia . Satu hal pulak nak jalan sambil tutup muka sebab malu dengan bunyi roda bag tu berpusing atas jalan tar . Mana cool !





Tapi budak budak zaman sekarang ni dah manja sangat gua perati ! Tak independent .

Engkau orang bayangkan adik gua kat rumah tu kalau dia betul betul nekad nak lari dari rumah , dahla nak bawak diri dia pun tak tentu hala lagi , nak angkut bag lagi , nak kena angkut play station dia sekali .

Itu takpa lagi , buatnya dia pendek akal nak angkut Astro Ceria dia bawak lari sekali , tak ke satu hal nak cabut dekoder dengan piring astro bawak lari . Jahanam , jahanam !



ouh ouh yeahhh !

02 June 2011

akmal

baik budaknya .
tak pernah terlepas ucap selamat hari jadi kat kawan kawan di wall fesbuk !

kat budak budak yang jenis urban , dia tulis " have a blast one ! "
kat budak budak baik innesen , dia tulis " may god bless you ! "




tapi , sama macam najib , akmal pun buat silap juga kadang kadang .

" may god BLAST you ! "









p/s : kalau typo jenis macam ni payah ni akmal ! jahanam .



ouh ouh yeahhh !