28 June 2011

prektikel

Hari ni dah masuk hari kedua gua berprektikel ! esok public holiday pula .
Hal hal macam ni yang gua tak berapa gemar . Kerja sekejap , cuti ! Kerja sekejap , cuti !
Macam mana nak dapat momentum untuk cemerlang didalam karier kalau macam ni punya gaya ?

Sebenarnya yang buat prektikel di mahkamah mejistret Kulim ni dua orang saja ! Gua dengan sorang lagi kawan , Fadzlan nama dia .
Hari pertama kerja kami dah dapat ofis sendiri ! Peh dia punya luas dah macam bilik pengantin baru .
Dia punya ekon pulak ada sampai dua ! sejuk kemain . Dalam satu hari kerja, susah juga la gua nak berpeluh . Kalau betul nak berpeluh pun gua terpaksa pergi tandas " buat hal " dengan jamban dalam 10 ke 15 minit baru boleh berpeluh sikit kat dahi . Sikit !

Ofis gua pulak siap ada tiga table kerja dengan kerusi mampu goyang ala kerusi pegawai pegawai .
Gua amik satu , Fadzlan amik satu , dan satu lagi table yang siap dengan telefon tu , belum ada orang yang punya ! Telefon atas table tu gua sendiri pun belum tahu nomber dia . Nanti kalau gua dah tahu gua kasi tahu ke lu orang . Senang sikit nanti kalau kalau nak kontek gua . Yela kalau nak kontek gua melalui makcik jaga telefon kat bawah tu leceh !

Lagi satu gua ingat nak mintak kat pihak mahkamah setiausaha sorang untuk isi kekosongan table bertelefon tersebut . Boleh juga buat angkat panggilan masuk ke , suruh pergi beli surat khabar ke , beli roti canai dengan teh ais ke , dan kerja kerja kesetiausahaan yang lain . Kan ke mudah sikit kerja gua dengan Fadzlan lepas ni ?

Setakat dua hari berprektikal ni gua dapat simpulkan yang jadual kerja gua ni sebenarnya agak fleksibel !
Pukul 7. 45 pagi gua masuk kerja . Yes ! memang awal sikit dari orang lain sebab mesin punch card tempat gua tu setting dia agak celaka 10 minit cepat . Punch in pukul 7. 45 pun dia tulis 7. 58 ! Jahanam.

Lepas punch card , amik kunci pergi bukak ofis lepak lepak kejap tanya khabar Fadzlan apa patut sampai la pukul 9 lebih , gua masuk court dengar sebutan kes .
Gua syak orang orang Kulim ni masih dalam lingkungan terkawal diaorang punya disiplin ! Jenis jenayah kecik kecik . Curi susu tepung , curi motor , curi leptop , curi henfon dan curi curi yang lain . Belum ada lagi kes bakar rumah setakat ni .
Tapi sorang brader semalam tu power juga dia ! Jenis sorok dadah dalam perut .

Dalam sejam lebih macam tu , sebutan kes pun habis la ! Gua balik masuk ofis .
Time time macam ni kalau tak pekena tidur , gua akan baca novel , tak pun pekena movie kat leptop macam hari ni .

Pukul 1 gua balik rumah pekena lunch .

Pukul 2 lebih gua balik ofis sambung pekena movie ke , apa apa yang patut dalam external hard disk tu sampai la pukul 5 !

Pukul 5 lebih , buat buat muka letih pergi hantar kunci kat main ofis bagi salam apa patut kat rakan rakan sekerja yang lain lepastu terus balik rumah ! Setel .

******

Setakat hari ni , inilah jaduah kerja gua ! Belum ada kerja sain sain dokimen lagi .
Gua pun belum cukup boring lagi sampai nak kena bawak dam ular buat main dengan Fadzlan !

Bila pikir pikir balik patutlah prektikal di mahkamah ni tak dapat gaji ! Kalau tak , rasa bersalah juga gua makan gaji buta hari hari . Hehehehehe












Ouh lupa gua nak bagitahu ! Ofis gua tu sebenarnya bilik library mahkamah .


ouh ouh yeahhh !

3 comments:

Dyana Nabila said...

hahaha nak tergelak bace..patut la lan pun on9 je..rupenye tade keje eh..hihi abg wae p la blnja lan tu cendol kat station bus mcm zmn muda2 dlu abg wae blnja dyan..ok gak :P

[loveyourlife] said...

hahaa kelakar! :D
goodluck wae, utk hari2 yang mendatang:)

W a e said...

chewaahhh hari hari yang mendatang tu macam skema juga bunyi dia tiqah ! hehehe.