23 June 2010

fiksyen pendek - siri 1

Sudah pukul 2 pagi, namun Tukiman masih belum dapat melelapkan matanya !
Ketika anak-anak berketurunan Jawa lain rata-rata sudah di alam mimpi, tukiman masih lagi terbaring memandang kipas berdebu tebal yang berpusing pada kelajuan maksimum 5 itu.
Lantas Tukiman bangun dan serta merta membuka laptop yang dihadiahkan oleh abangnya, Atoi baru-baru ini.
Laptop tersebut atoi dapat 3 tahun lepas, daripada abang sulung mereka Kordi, juga sebagai hadiah. atau lebih senang dipanggil harta pusaka adik beradik turun temurun !



10 notifications !
Tukiman tersenyum sendiri melihat ikon nombor 10 berwarna merah di ruangan notifications tatkala dia membuka akaun facebooknya.



"cilake !"
Tiba-tiba perkataan keramat itu terpacul dari bibir tebal tukiman.
Bukan main marah lagi dia apabila mendapati tidak ada satu pun notifications tersebut yang ada kaitan dengan dirinya.
Kesemuanya adalah komen-komen dari orang yg tidak dikenali Tukiman.
Rakan-rakan pena azman mungkin.
Lantas tukiman menekan butang "unlike" pada status Azman yang di"like"nya petang tadi.


"bapak gua beli kereta baru ! kereta sorong ! keh keh keh.."
Begitulah lebih kurang bunyinya status facebook azman yang berjaya meraih 60 "like" berserta 100 komen.
Azman memang popular. Rakan penanya di facebook sahaja sudah mencecah 4 angka.
Tukiman pernah jugak sangsi samada mereka yang add azman ataupun sebaliknya.
Azman bukanlah artis mahupun sapa-sapa.
Ujibakat kumpulan nasyid sekolah pun gagal.
Oh bukan gagal, ustazah yang berkeras tidak mahu memberi borang penyertaan kepada azman sebenarnya.


Tukiman tidak keruan lagi !
Facebooknya di-logout serta merta.
Dia lantas ke dapur untuk mendapatkan segelas air bagi menghilangkan dahaga.

Dalam perjalanannya ke dapur, Tukiman terpandang bag sekolah petak berjenama Swan.
Lantas dia mendekati bag tersebut.

matematik 3 !
Buku berwarna koko keperangan itu diambilnya, diselak setiap helaian muka surat.


"Cis ! Ada lagi rupanya soalan yang belum dijawap." getus hati Tukiman.
Dia lantas mengambil pensel 2B berjenama Stabilo yang panjangnya lebih kurang ibu jari tangan lelaki mumayiz dan lantas membuat kira-kira untuk menjawap soalan-soalan matematik tersebut.

Belum pun sempat angka 125.6 berjaya ditulis Tukiman, mata pensil tersebut patah.
Tukiman dengan perasaan benci mencari pensil-pensil simpanan lain.
Malangnya tiada satu pun yang berpotensi untuk digunakan.
Semuanya sudah patah matanya.
Hati kecil Tukiman lantas menyalahkan apaknya yg kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang bagi membeli sharpener bulat yang dilengkapi cermin.


Namun kejadian mata pensel patah itu tidak sedikit pun mematahkan semangat tukiman untuk menjawap soalan-soalan matematik tersebut.
Pensel warna Luna yang berwarna hitam dicapainya.
"ah apadehal ! hitam jugak" detik hati Tukiman.





Sudah lima minit berlalu, satu soalan matematik pun masih gagal dijawap Tukiman.
Kalkelater saintifik yang penuh dengan stiker Hello Kitty itu puas ditekan-tekan Tukiman namun masih gagal mendapat jawapan.


Tukiman bertambah geram.
Buku Matematik 3 itu lantas dilemparnya jauh-jauh sebagai tanda amarah dan benci.
Tukiman memang baran orangnya.
Cuma barannya itu tidak berani ditunjukkan dihadapan apaknya sahaja.
Mahu mati Tukiman dipukul jika apaknya nampak kelakuannya melempar buku sebentar tadi.
Pernah suatu ketika Tukiman membaling kotak pensel adiknya, Ayu, ke luar rumah gara-gara anak gadis kecil itu meminjam salah satu pemadam kesayangan Tukiman.
Mahunya tidak, pemadam itu adalah hasil usaha Tukiman bertarung dengan Azman dalam perlawanan pemadam.
Akibat daripada tindakannya melempar kotak pensel Ayu itu, habis belakang badan Tukiman menjadi mangsa libasan tali pinggang 10 ringgit pasar malam, milik apaknya.
Sehingga meninggalkan parut berbentuk huruf "Z" dibelakang badan Tukiman hingga ke hari ini.
Apak Tukiman tidak dapat dinafikan memang peminat nombor satu siri Zorro .



Tukiman menghembus nafas panjang-panjang selepas melempar buku Matematik 3 itu tadi.
Dia lantas berlalu pergi menuju ke bilik tidurnya.


"Jahanam ! Ni apa hal aku pulak yang sibuk sibuk nak siapkan kerja sekolah si Ayu ni." sesal Tukiman diatas tindakannya sebentar tadi gara-gara tidak dapat melelapkan mata.



ouh ouh yeahhh !

03 June 2010

i love analog camera !














kamera: lomography fisheye 2
filem: kodak ektachrome elite 100 (expired 12/1997)




ouh ouh yeahhh!