08 August 2011

Roy menulis # 1

Hai nama I Azroy. You guys boleh panggil I Roy.
Mulai hari ni I mula bertugas sebagai penulis tamu di blog ni.
Wae merayu mintak tolong I.
I syak sebab dia dah takda modal nak menulis lagi.
Apa apa pun sila beri sokongan padu kepada I ye :)


******

Beberapa hari lepas I ada menonton satu drama Melayu dengan mama I di televisi.
Yes, i tulis televisi sebab ni bahasa Melayu untuk 'television'! macam inovasi selepas dialih bahasa daripada 'innovation'. Tapi I tak pernah dengar pulak orang alih bahasa 'tuition' jadi tuisi. Hmmm ~



( . . . ) *bunyi cengkerek*




Drama tu sedih.
Kononnya budak laki ni kerja keras kumpul gaji sampai RM 1200 untuk perbelanjaan pembedahan kaki emak dia yang ada kencing manis. Kesian mak dia. 
Kaki dah bernanah teruk tau !


Sebagai anak yang soleh, budak ni pun pergi la bagi duit ni kat emak dia.
Kondisi ( condition ) mak dia dah teruk sangat masa tu !
Terlantar je atas katil.
Dia suruh mak dia guna duit tu untuk perbelanjaan pembedahan kaki.


Kat sini yang I tak paham ! 
Dah tahu emak dia sakit kaki bernanah teruk, instead of bagi duit tu kat mak dia lebih baik dia sendiri yang bawak emak dia pergi ke hospital. 
Betul tak?


Sebab dia bagi duit tu ke tangan mak dia jugak lah, ayah dia yang kaki judi telah curi duit tu sebab emak dia pun satu hal juga pergi letak atas meja yang senang nampak dek mata.
See? kalau dia sendiri yang simpan duit tu and bawak mak dia pergi ke hospital mesti benda benda macam ni takkan jadi kan?
Sebab sebab macam ni lah yang buat I benci dengan drama drama sedih Melayu.


I cabut and baling terompah yang I pakai ke tv LCD tu !
Yes , I memang pakai terompah dalam rumah. In case berlaku hal hal macam ni !


I cepat cepat masuk bilik hempuk pintu !
Dari jauh sayup sayup kedengaran suara mama I mengeluh,

" Roy, Roy ! Hati kau keras nak . "


******

6 comments:

Unknown said...

Hai Roy, boleh berkenalan!

W a e said...

eh you ni Syark yang dalam KL Gangster tu kan?

# Roy

Unknown said...

i syark 77. kenal?

W a e said...

peh double seven ! Power, power.

# Roy

Unknown said...

biasa lah, i syark 77 pLg punya. mau kenal..dengan woyyy *wempit*

W a e said...

hahahahah ! Nanti I buat fesbuk.

# Roy