14 January 2012

#random

Dua hari lepas aku tengok cerita Ombak Rindu tu.
Kelakar.
Aku kerap gelak masa tengok cerita tu.
Bukan. Bukan sebab aku ego dan cuba melindungi kesedihan didalam hati ini.
Ada sesetengah scene dalam cerita tu kelakar bagi aku.
Makcik 'hantu Kak Limah' yang seronok sangat melompat dari bumbung ke bumbung sehingga tiba tiba lumpuh dan terpaksa minta bantuan Izzah untuk dimandikan misalnya.
Dan makcik 'nak tengok saja pun boleh' dalam Songlap yang tiba tiba jadi alim.


Aku rasa aku boleh tulis cerita lagi sedih dari tu.
Aku rasa la.
Tapi siapa la aku ni.
Cuma seorang Wae Ismael.
Yang juga dikenali sebagai Jaszle Arman di Sarawak.
Kenapa Jaszle Arman di Sarawak?
Hah nanti aku cerita.

Dan kenapa aku menggunakan kata ganti diri 'aku' dan bukan 'gua' macam selalu?
Hah ini azam tahun baru.
Jangan tanya kenapa.
Heheheheheh !


********
Aku rasa sejak kebelakangan ni aku dah mula jadi narcissist.
Aku kerap buka profile sendiri di Facebook.
Tatap gambar profile sendiri lama lama.
Senyum.
Kerana apa?
Kerana diriku begitu berharga. (baca gaya macam iklan Olay)



*krik krik krik*



Tak tahu narcissist tu apa?
Pergi Google. Usaha sikit.
Aku pun Google masa mula mula terbaca perkataan tu dulu.
Sebab apa aku Google?
Sebab aku tak Yahoo perkataan tu.
Heheheheheheheheheheheheheheheh !
Okay, tak lawak.


*********

Okaylah aku sambung baca nota kejap.
Aku ada exam pulak pukul 2 nanti.
Doakan.




ouh ouh yeahhh !
 

No comments: