28 June 2011

prektikel

Hari ni dah masuk hari kedua gua berprektikel ! esok public holiday pula .
Hal hal macam ni yang gua tak berapa gemar . Kerja sekejap , cuti ! Kerja sekejap , cuti !
Macam mana nak dapat momentum untuk cemerlang didalam karier kalau macam ni punya gaya ?

Sebenarnya yang buat prektikel di mahkamah mejistret Kulim ni dua orang saja ! Gua dengan sorang lagi kawan , Fadzlan nama dia .
Hari pertama kerja kami dah dapat ofis sendiri ! Peh dia punya luas dah macam bilik pengantin baru .
Dia punya ekon pulak ada sampai dua ! sejuk kemain . Dalam satu hari kerja, susah juga la gua nak berpeluh . Kalau betul nak berpeluh pun gua terpaksa pergi tandas " buat hal " dengan jamban dalam 10 ke 15 minit baru boleh berpeluh sikit kat dahi . Sikit !

Ofis gua pulak siap ada tiga table kerja dengan kerusi mampu goyang ala kerusi pegawai pegawai .
Gua amik satu , Fadzlan amik satu , dan satu lagi table yang siap dengan telefon tu , belum ada orang yang punya ! Telefon atas table tu gua sendiri pun belum tahu nomber dia . Nanti kalau gua dah tahu gua kasi tahu ke lu orang . Senang sikit nanti kalau kalau nak kontek gua . Yela kalau nak kontek gua melalui makcik jaga telefon kat bawah tu leceh !

Lagi satu gua ingat nak mintak kat pihak mahkamah setiausaha sorang untuk isi kekosongan table bertelefon tersebut . Boleh juga buat angkat panggilan masuk ke , suruh pergi beli surat khabar ke , beli roti canai dengan teh ais ke , dan kerja kerja kesetiausahaan yang lain . Kan ke mudah sikit kerja gua dengan Fadzlan lepas ni ?

Setakat dua hari berprektikal ni gua dapat simpulkan yang jadual kerja gua ni sebenarnya agak fleksibel !
Pukul 7. 45 pagi gua masuk kerja . Yes ! memang awal sikit dari orang lain sebab mesin punch card tempat gua tu setting dia agak celaka 10 minit cepat . Punch in pukul 7. 45 pun dia tulis 7. 58 ! Jahanam.

Lepas punch card , amik kunci pergi bukak ofis lepak lepak kejap tanya khabar Fadzlan apa patut sampai la pukul 9 lebih , gua masuk court dengar sebutan kes .
Gua syak orang orang Kulim ni masih dalam lingkungan terkawal diaorang punya disiplin ! Jenis jenayah kecik kecik . Curi susu tepung , curi motor , curi leptop , curi henfon dan curi curi yang lain . Belum ada lagi kes bakar rumah setakat ni .
Tapi sorang brader semalam tu power juga dia ! Jenis sorok dadah dalam perut .

Dalam sejam lebih macam tu , sebutan kes pun habis la ! Gua balik masuk ofis .
Time time macam ni kalau tak pekena tidur , gua akan baca novel , tak pun pekena movie kat leptop macam hari ni .

Pukul 1 gua balik rumah pekena lunch .

Pukul 2 lebih gua balik ofis sambung pekena movie ke , apa apa yang patut dalam external hard disk tu sampai la pukul 5 !

Pukul 5 lebih , buat buat muka letih pergi hantar kunci kat main ofis bagi salam apa patut kat rakan rakan sekerja yang lain lepastu terus balik rumah ! Setel .

******

Setakat hari ni , inilah jaduah kerja gua ! Belum ada kerja sain sain dokimen lagi .
Gua pun belum cukup boring lagi sampai nak kena bawak dam ular buat main dengan Fadzlan !

Bila pikir pikir balik patutlah prektikal di mahkamah ni tak dapat gaji ! Kalau tak , rasa bersalah juga gua makan gaji buta hari hari . Hehehehehe












Ouh lupa gua nak bagitahu ! Ofis gua tu sebenarnya bilik library mahkamah .


ouh ouh yeahhh !

26 June 2011

Abang Atan

abang Atan ni tukang gunting rambut !
dari gua kecik rambut nipis sampai la sekarang dah dewasa dan rambut pun dah tebal , kalau gua kat Kulim , pasti gua akan gunting rambut kat kedai dia .
bukan gua sorang saja ! tolak ibu gua , semua ahli keluarga gua gunting rambut dengan abang Atan termasuk abah gua . Dah berapa tahun dah pun gua sendiri tak ingat . Abang Atan ni pun dah macam jurugunting rambut rasmi famili gua .

Tak silap gua , dulu masa gua kecik gua penah dendam sekejap dengan abang Atan ni .
Jenis ganas dalam menggunting rambut ! Sampai calar belakang leher gua dia cukur .

Tapi tu kisah dulu time gua budak budak .

********

Esok gua mula prektikal di mahkamah mejistret kulim .
So gua kena edjas rambut panjang gua ni kasi kemas sikit gaya orang kerja gomen !


" abang Atan , saya nak gunting pendek ni bukan sebab apa , esok start prektikal "

" ouh prektikal kat mana ? "

" tu kat court tu ! "

" mana ? Court Mammoth ? "





gua jadi serba salah nak respon macam mana !


jahanam !


ouh ouh yeahhh !

14 June 2011

#childhoodmemory

Dulu masa kecik kecik gua memang keras kepala ! jenis sikit sikit nak merajuk .

Tak dapat kasut sekolah jenis tali mengamuk , kena paksa gunting rambut mengamuk , tak dapat keluar petang petang main sketbod pun nak mengamuk ! sikit sikit mengamuk la kiranya .

Bila dah asyik tak puas hati , pernah juga gua terlintas nak lari dari rumah ! pergi jauh jauh hidup berdikari takdak orang kongkong . Tak sedar diri duit simpan cuma ada berapa puluh ringgit saja tinggal . Itu pun hasil kutipan duit raya . Kalau nak menabung jangan harap la time tu . Tabung dapat free bentuk menara tabung haji tu pun penutup bawah dia entah hilang pergi kemana hala .

Lagi pun time tu gua plan kalau lari dari rumah pun bukan banyak benda kena angkut . Bag galas satu dengan sketbod pun dah cukup . Apa jadah nak lari dari rumah bawak bag akademi fantasia . Satu hal pulak nak jalan sambil tutup muka sebab malu dengan bunyi roda bag tu berpusing atas jalan tar . Mana cool !





Tapi budak budak zaman sekarang ni dah manja sangat gua perati ! Tak independent .

Engkau orang bayangkan adik gua kat rumah tu kalau dia betul betul nekad nak lari dari rumah , dahla nak bawak diri dia pun tak tentu hala lagi , nak angkut bag lagi , nak kena angkut play station dia sekali .

Itu takpa lagi , buatnya dia pendek akal nak angkut Astro Ceria dia bawak lari sekali , tak ke satu hal nak cabut dekoder dengan piring astro bawak lari . Jahanam , jahanam !



ouh ouh yeahhh !

02 June 2011

akmal

baik budaknya .
tak pernah terlepas ucap selamat hari jadi kat kawan kawan di wall fesbuk !

kat budak budak yang jenis urban , dia tulis " have a blast one ! "
kat budak budak baik innesen , dia tulis " may god bless you ! "




tapi , sama macam najib , akmal pun buat silap juga kadang kadang .

" may god BLAST you ! "









p/s : kalau typo jenis macam ni payah ni akmal ! jahanam .



ouh ouh yeahhh !

29 May 2011

Manchester United v Barcelona

Macam biasa , gua tak gemar sangat dengan perlawanan perlawanan macam ni ! Banyak sangat perhatian diberikan . Satu dunia tiba tiba sanggup berjaga nak tengok bola . Masaalahnya ramai yang sebelum ni tak pernah amek port pun pasal bola sepak tiba tiba semangat bukan main . Spirit macam ni yang gua tak berapa nak gemar . Jenis spirit taik kucing .

Terlampau ramai sangat penyokong pun salah satu sebab juga gua tak berapa suka perlawanan macam ni ! Engkau orang bayangkan yang lawan atas padang dua pasukan tapi kelompok penyokong ada tiga kesemuanya : penyokong Manchester United , penyokong Barcelona , dan akhir sekali penyokong kelab kelab bawahan Liga Inggeris yang tak berjaya menang apa apa piala musim ni dan tiba tiba sokong Barcelona bagi menumpang sedikit kegembiraan menjulang piala yang mana pasukan mereka sendiri tak mampu buat . Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan " hasad dengki juga dapat menyatukan hati hati manusia ! "

we are the proud Manchester United , and we will always be proud of our team !









Dalam pada masa yang sama , masih ada satu pasukan yang steady berjuang !




ouh ouh yeahhh !