11 August 2011

pengalaman berbasikal saya

Dulu gua pernah ' into ' juga dengan arena berbasikal ni . Abah gua pernah beli gua satu basikal biasa biasa jenama ‘ Satria ’. Gila apa zaman tu basikal pun jenama kereta Proton . Power , power ! 

Zaman tu belum ada budak budak Fixie lagi . Budak budak Fixie sekarang pun gua agak time tu guna basikal pacuan empat roda lagi . Budak BMX gua tak berapa pasti . Tapi yang gua pasti zaman tu semua budak yang main basikal dipandang sama rata di mata masyarakat sekeliling . Tiada perbezaan taraf dikalangan basikal ketika itu . Asalkan nama basikal , tak kiralah lu basikal LeRun ke , basikal ada gear ke , basikal mini ke , basikal tua ke , kiranya semua sama saja lah . Cuma tolak basikal senaman yang tak bergerak letak dalam rumah tu , dengan beca je . Hah dua tu kira kategori lain !

Tapi sekarang ni dah susah . Kalau sebut basikal nak kena sebut sekali basikal apa . Fixie ke , basikal BMX ke , basikal murah ke . Banyak la lagi kategori basikal kiranya sekarang ni .



Jahanam mukadimmah saja pun dah panjang bukan main !


********


Ada satu tahun tu , gua tak ingat  masa tu gua darjah satu ke darjah dua , tapi yang gua ingat masa tu gua belum ada makwe lagi . Sekarang pun belum ada makwe jugak ! Okay saja la nak bagitahu . Heheheh.

Zaman tu gua tak pasti budak budak dah kenal internet ke belum . Friendster apa tah lagi . Kalau gua balik zaman tu sebut perkataan Friendster silap silap diaorang ingat tu nama makwe orang putih .
Boleh jadi juga tu , boleh jadi .

Satu petang tu gua keluar bermain sorang sorang dengan basikal Satria gua . Disebabkan gua dah ada basikal , gua tak kisah main sorang sorang . Yes , gua memang macam ni . Kalau dapat satu satu benda yang boleh buat gua seronok , tak bersosial dengan orang pun takpa . Macam sekarang ni gua dah ada leptop dengan internet , tak keluar berkawan dengan orang pun bukannya masaalah sangat bagi gua . Hehehehehe !


Hah kat mana dah gua berhenti pasal basikal tadi ?


Ouh ! Hah , berbalik kepada cerita berbasikal di waktu petang tadi . Disebabkan zaman tu kebanyakkan budak lelaki ada basikal sendiri , jadinya ramai yang cuba berlagak dengan kemahiran berbasikal masing masing . Ada yang boleh buat willy , ada yang boleh bawak basikal sambil lepas tangan dan tak kurang hebatnya ada yang terbalikkan basikal ke lantai dan pusing pengayuh dengan tangan kononnya benda tu mesin kisar ABC ( ais batu campur ). Entah apa punya imajinasi pun gua tak tahu .
Jahanam , jahanam ~

Nak dijadikan cerita , petang tu gua mendapat satu idea untuk mencuba skil baru dalam dunia berbasikal . Ini didorong oleh perasaan ingin mencuba dan perangai ' tak ada kerja cari kerja '. Biasalah jiwa muda ni spirit dia lain macam sikit . Kadang kadang gua berangan jadi budak budak scrambler macam Azroy dalam Gila Gila Remaja atau jadi Ali Setan . Hal hal macam tu memang mudah buat gua teruja .

Skil yang cuba gua try itu ialah skil mengayuh basikal sambil memejamkan mata . Peh , nama skil saja pun dah power ! Dengan tanpa rasa takut dan hati kering gua praktikkan skil tersebut di lorong hadapan rumah gua sorang sorang .

Gua kayuh basikal pada kelajuan sedap sedap kayuh . Bila gua dah rasa selesa dengan corak pergerakan basikal gua , gua pejam mata . Stereng basikal gua pegang betul betul takut balancing dia ‘ lari ’. Semuanya berjalan lancar untuk beberapa meter sehinggalah tiba tiba . . .



BANGGG ! ( okay bunyi ni over sangat tapi ada la bunyi sikit tapi gua tak ingat bunyi dia macam mana )


Jahanam ! macam mana boleh terlanggar belakang kereta jiran gua ni ? Yang pakcik ni pun satu , apa hal pergi parking bawah pokok depan rumah dia? ! Parking la dalam rumah bawah bumbung ! Ini nasib baik tayar basikal gua buat dari getah . Kalau besi mungkin dah lain macam cerita dia masa tu .

Gua gabra ! Gua perati kiri kanan kalau kalau ada orang nampak atau perasan kejadian tu .

Bagus ! Takda orang nampak .


Gua pandang belakang kereta pakcik tu yang gua langgar . Okay takda calar calar . Nomber plet pun okay lagi takda patah .

Fuh ! Nasib baik .


Gua tengok kiri kanan sekali lagi kalau kalau ada orang nampak atau perasan kejadian tu .
Okay , masih takdak orang nampak .


Gua cepat cepat kayuh basikal balik rumah !
Sampai rumah gua letak basikal kat tepi , gua lari masuk dalam rumah kelam kabut .

Gua bukak tv ' tune ' cerita Power Rangers !


 " Peh ! Power Rangers pink yang bernama Kimberly ni boleh tahan juga orang dia ye ? "



ouh ouh yeahhh !


10 August 2011

Roy menulis # 2

Tadi masa I baru bangun tidur, I cepat cepat capai tuala nak pergi mandi.
Tiba tiba I terperasan sesuatu dekat cermin. I jadi marah. Marah sangat sangat.

I cabut terompah kat kaki I and baling ke cermin tu ! Cermin pecah.

I masuk bilik air nak mandi.
Baru saja i nak ambil air dari kolah mandi, I terperasan bayangan tu lagi. 
Dalam air.
I cabut terompah di kaki I yang tinggal lagi sebelah, sebab lagi sebelah I dah baling ke cermin tadi.
Terompah tu I baling pula ke air dalam kolah sebagai tanda geram.

I tendang pintu bilik air.
Then I keluar cari mama I.

Ouh time tu mama I dekat ruang tamu tengah repair tv LCD yang rosak lepas I baling terompah itu hari. ( Rujuk sini )


I jerit dekat mama I,
 
" Ni kenapa I asyik nampak orang hensem je ni mama?! "



mama I geleng kepala tiga kali sambil mengeluh,
" Roy, Roy ! Hati kau keras nak. "

********


08 August 2011

Roy menulis # 1

Hai nama I Azroy. You guys boleh panggil I Roy.
Mulai hari ni I mula bertugas sebagai penulis tamu di blog ni.
Wae merayu mintak tolong I.
I syak sebab dia dah takda modal nak menulis lagi.
Apa apa pun sila beri sokongan padu kepada I ye :)


******

Beberapa hari lepas I ada menonton satu drama Melayu dengan mama I di televisi.
Yes, i tulis televisi sebab ni bahasa Melayu untuk 'television'! macam inovasi selepas dialih bahasa daripada 'innovation'. Tapi I tak pernah dengar pulak orang alih bahasa 'tuition' jadi tuisi. Hmmm ~



( . . . ) *bunyi cengkerek*




Drama tu sedih.
Kononnya budak laki ni kerja keras kumpul gaji sampai RM 1200 untuk perbelanjaan pembedahan kaki emak dia yang ada kencing manis. Kesian mak dia. 
Kaki dah bernanah teruk tau !


Sebagai anak yang soleh, budak ni pun pergi la bagi duit ni kat emak dia.
Kondisi ( condition ) mak dia dah teruk sangat masa tu !
Terlantar je atas katil.
Dia suruh mak dia guna duit tu untuk perbelanjaan pembedahan kaki.


Kat sini yang I tak paham ! 
Dah tahu emak dia sakit kaki bernanah teruk, instead of bagi duit tu kat mak dia lebih baik dia sendiri yang bawak emak dia pergi ke hospital. 
Betul tak?


Sebab dia bagi duit tu ke tangan mak dia jugak lah, ayah dia yang kaki judi telah curi duit tu sebab emak dia pun satu hal juga pergi letak atas meja yang senang nampak dek mata.
See? kalau dia sendiri yang simpan duit tu and bawak mak dia pergi ke hospital mesti benda benda macam ni takkan jadi kan?
Sebab sebab macam ni lah yang buat I benci dengan drama drama sedih Melayu.


I cabut and baling terompah yang I pakai ke tv LCD tu !
Yes , I memang pakai terompah dalam rumah. In case berlaku hal hal macam ni !


I cepat cepat masuk bilik hempuk pintu !
Dari jauh sayup sayup kedengaran suara mama I mengeluh,

" Roy, Roy ! Hati kau keras nak . "


******

07 August 2011

janggut

gua ni sebenarnya tak ada la kacak sangat .

kalau gua selisih dengan makwe di koridor dari arah bertentangan pun , jangan harap makwe tu nak toleh belakang balik pandang gua .
gua pasrah dengan hal hal macam ni !


kadang kadang
bila gua pandang cermin , gua senyum sendiri .
gua harap gua ada wajah komersial .

bila gua cukur misai .
gua cuba bayangkan yang gua sedang berlakon iklan pisau cukur Gillete .

sapu krim ke misai .
sup sap sup sap cukur misai .
simbah air ke muka .
buat gaya ' bagus ' dengan ibu jari .

peh ! bergaya habis .




*******



tapi bila pikir pikir balik , susah juga kalau gua berlakon iklan pisau cukur .

gila apa !
mana ada iklan yang model dia cuma cukur misai , lepas tu sibuk cari gunting nak ' trim ' janggut .

jangan harap gua nak cukur janggut !




ouh ouh yeahhh !

06 August 2011

22 tahun dan masih belum berkahwin

semalam
sambil berdiri mendengar khutbah jumaat di mesjid , gua menyandarkan bahu gua ke salah satu tiang .
sambil bersandar gua silang tangan ! Peh , bergaya betul .
pose macam ni memang ' in ' sangat dengan outfit gua yang segak berkain pelikat ketat dan berkemeja tee kolar .
memang gaya brader brader !


depan gua
ada dua orang budak kecik .
lebih kurang darjah tiga ke darjah empat .
budak budak ni pula jenis bebal !
Ada ke patut bergaduh time tengah khutbah .
ini pengaruh budak budak King dengan Dragon la ni !


Gua kasi jegil mata satu kali dekat dia orang .


" pakcik tengok dia ni , pakcik ! Dok kacau orang ni . "





Jahanam !

walaupun ini bukan pengalaman pertama diperlakukan sebegini , ini antara yang melampau .


**********

gua lututkan gigi budak tu ! Habis semuanya berterabur tinggal gusi .
kemudian gua sikukan bahagian atas kepala budak tu ! 3 kali .
budak tu terhuyung hayang sebagai isyarat dia hampir tewas .
badan kecik budak tu gua angkat stail ' clean n jerk ' dan gua hempas ke dalam kolah tempat orang ambil wudhuk .


gua senyum nipis tanda puas !


***********




okay perenggan atas ni gua tipu ! heheheheh .

mengenangkan yang gua berada di dalam mesjid dan di dalam bulan yang mulia , gua sekadar ' tune ' pandangan ke tempat lain .

Gua buat buat fokes dengar khutbah !







ouh ouh yeahhh !