29 September 2012

"Senyummu menawan, menawannnnnnnnnn."


"I ada seorang kawan perempuan yang selalu dapat C dalam exam. Orang panggil dia Stay-C."

"Ouh ! I pulak dulu selalu dapat result teruk dalam exam, tapi kawan kawan bagus, selalu support cakap "Steady la hang ! Steady !". Baru hari ni I tau depa maksudkan 'stay D'."





Ouh Ouh Yeahhh !


15 September 2012

Irene Qadhija





Nama I Wae. Wae Ismael.
32 tahun, pemilik restoran makanan barat terkenal dan dikurniakan seorang puteri, Irene Qadhija, 5 tahun.

Irene anak yang cantik. Saling tak tumpah seperti ibunya, Melissa, gadis Inggeris yang I kahwini 6 tahun yang lepas. That’s not the only thing she’d got from her mother, dia juga bijak and petah berkata kata. Ada saja soalan yang ditanyakannya.


“Abah, how many people in Malaysia?”

“29 juta, sayang.”

“Siapa yang kira, abah?”

“Orang yang kerajaan lantik untuk kira la, sayang.”

“So orang tu dah jumpa semua orang dalam Malaysia la, Abah?”

“...”

***

Pernah satu hari dia bertanyakan soalan yang I sendiri pun pening untuk menjawapnya.

“Abah, what is the opposite of opposite?”

“I know the answer, sayang. But abah kan dah bayar cikgu Irene kat tadika. Esok you tanya dia, okay sayang?” I cuba mengelak.


***

And ada that one time, dia bertanyakan soalan yang kelakar and that question, it never even crossed my mind before.

“Abah, kalau kita slow-kan speed kipas ni ke 1 instead of 5, bil elektrik murah sikit tak?”


***

Then one day when I was reading a newspaper.

“Abah, pembunuh tu apa?”

“Pembunuh tu orang jahat, sayang. Dia buat something sampai orang lain mati.”


Irene diam. Dia sambung main Angry Bird di ipad10 I.

“Abah, ibu mati masa lahirkan Irene. Am I the pembunuh, abah?”


I tersentak.
I peluk Irene. Erat.


“Tak, sayang. Bukan. You’re not the pembunuh.”


I dapat rasakan belakang bahu I basah. Basah dengan air mata Irene.





Mel, I miss you.


23 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.







p/s : Klik gambar untuk pilih yang mana berkenan.



Ouh Ouh Yeahhh !



11 July 2012

Rindu.

Panik !
Satu rumah panik.
Wae panik, ibu Wae panik, adik adik Wae pun panik.


“ Cari keliling ni kot kot ada. Sapa yang last tak tutup pintu pagaq tadi? ”
Ibu tanya adik adik.

Adik adik Wae just being adik adik. Salahkan each other.

Wae mula gelabah. Tak sedap hati.
Macam mana kalau Abang betul betul hilang? Betul betul lari dari rumah?
Itu bukan kali pertama Abang hilang. Dah pernah dah.
Tapi selalunya bila cari cari, Abang tak jauh. Menyorok dekat dekat ja.




Beberapa ketika berlalu. Abang tak jumpa jumpa jugak.
Ibu Wae dah masuk rumah sambung masak.
Adik adik Wae dah masuk rumah sambung main game.

Hari tetap berjalan seperti biasa.
Mungkin depa semua ingat last last Abang akan balik jugak.


Wae masih gelabah.
Sampai satu peringkat Wae fikir dia nak tawakal saja dan tunggu Abang balik bila Abang dah taktau nak pi mana.

Mungkin.



“ Tak boleh. Kena cari cepat cepat sebelum dia pi jauh ni. Mustahil dia nak balik sendiri kalau tak cari kan? ”
soal Wae kepada dirinya sendiri.

“ Kannn? ” jawap diri Wae pula.


* * * * 

Wae tak ada jalan lain. Hanya Kakak yang boleh tolong.
Dalam ramai ramai kat rumah tu, Wae pasti Kakak saja yang boleh tolong cari kat mana Abang menyorok. Kakak yang paling rapat sekali dengan Abang.
24 jam sama sama.



“ Kakak, hang kena tolong aku.” Wae minta tolong Kakak.


“ Pi cari Abang, suruh dia balik.”
Wae bagi arahan.

“ Sekarang pi cari Abang, tunjuk kat aku mana Abang menyorok.”



Wae biar kakak yang cari.
Wae tak ikut. Wae cuma berdiri kat satu sudut tengok Kakak pergi mana.
Dia harap harap kali ni Kakak boleh tolong dia.

Kakak jalan pelan pelan.
Yes, pelan.
Wae cuma boleh tengok ja.

Kakak jalan sat, berhenti. Jalan sat, berhenti.
Sekali sekala kepala Kakak toleh kiri kanan, kiri kanan.
Tengah mencari betul agaknya.

Sampailah satu point, Kakak jalan kearah rak kasut.
Rak kasut yang semak and penuh dengan kasut kasut.
Kakak berhenti  kat situ menghadap rak kasut.



“ Hah kat situ tak cari lagi ! ” Wae terpikir kesilapan dia.
Yes girls, Wae pun buat silap tau ! Dia takdalah perfect sangat.

Heheheheheheh !


*(awkward silence)*


K.



* * * *

Wae melutut, rendahkan kepala dia dan mula tengok bawah rak kasut.
Gelap.
Wae suluh guna torchlight handphone.


“ Yesss ! Alhamdulillah. Jumpak pun.” Wae lega.


“ Thanks sangat sangat, Kakak ! ” Wae senyum. Senyum lebar. Senyum tak percaya.
Kakak dah tolong dia. Susah kalau tak ada Kakak tadi.


Wae bawak Abang keluar dari bawah rak kasut, angkat Kakak dengan sebelah lagi tangan.
Cuci sikit sikit, and masukkan balik depa kat tempat rehat depa.





Selamat !





Kakak and Abang.









Rindu.



Ouh Ouh Yeahhh !

01 July 2012

Offline : Sebuah Fiksyen Pendek


Satu malam yang tenang di sebuah ibu kota, seorang lelaki bernama Azroy sedang dalam kesedihan.
Sedih seorang diri.
Sedih ber'kaca' biji mata.
Sedih di depan laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wowooo.
Sedih kerana kekasihnya Thanuja Ananthan menerima kekalahan dalam satu rancangan reality berkonsepkan masak memasak terbitan Asstro.

Sedih di depan laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh.... Oh dah tulis kat atas? Sorry.


Beberapa minit kemudian (9 minit secara tepatnya)...




*POP*

Bunyi chat Facebook memecah kesunyian malam dan mengganggu Azroy melayan perasaan seorang diri.
Azroy kelam kabut terkejut.
Azroy lantas berpindah dari tab Google image Thanuja Ananthan kepada tab Facebook di sebelah.


Oh Elaine rupanya.
Teman sepengajian Azroy di universiti.
Gadis manis berstatus hi-profile yang tak henti henti mengejar sebuah cinta daripada Azroy.

Gadis yang di 'laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wowooo' -nya menggunakan profile picture gambar beliau yang tampil seksi dan berani dengan seluar ketat leopard print. 


“ Hai Roy ! Busy? ”

“ Aah ! I tengah busy. Better jangan kacau.”

“ Sombong la you sekarang. Mentang mentang dah ramai peminat.”

“ ??? ”

“ You tengah sibuk buat apa pun tu? ”

“ I tengah cari satu button kat Facebook ni tak jumpa.”  

“ Button apa? ”

“ Ada la. Rahsia.”

“ Jual mahalnya you. Lagi you jual mahal, lagi I gewwam tau ! ”

“ huh? ”

“ You macam barang barang mahal. Lagi mahal, lagi I akan berusaha nak beli.”

“ Ouhhh. You pulak macam pelangi.”

“ Awwhhh so sweet ! Mengindahkan hari you selepas hujan yang lebat, bukan? ”

“ Bukan ! Maksud I 'pelangi' dalam air sirap kenduri. Eeeee geli ! ”

“ Azroy !!! ”

“ Hah jumpa pun button tu ! ”

“ Button ap . . . . “



* Azroy is now offline *