01 July 2012

Offline : Sebuah Fiksyen Pendek


Satu malam yang tenang di sebuah ibu kota, seorang lelaki bernama Azroy sedang dalam kesedihan.
Sedih seorang diri.
Sedih ber'kaca' biji mata.
Sedih di depan laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wowooo.
Sedih kerana kekasihnya Thanuja Ananthan menerima kekalahan dalam satu rancangan reality berkonsepkan masak memasak terbitan Asstro.

Sedih di depan laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh.... Oh dah tulis kat atas? Sorry.


Beberapa minit kemudian (9 minit secara tepatnya)...




*POP*

Bunyi chat Facebook memecah kesunyian malam dan mengganggu Azroy melayan perasaan seorang diri.
Azroy kelam kabut terkejut.
Azroy lantas berpindah dari tab Google image Thanuja Ananthan kepada tab Facebook di sebelah.


Oh Elaine rupanya.
Teman sepengajian Azroy di universiti.
Gadis manis berstatus hi-profile yang tak henti henti mengejar sebuah cinta daripada Azroy.

Gadis yang di 'laman MukaBuku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wowooo' -nya menggunakan profile picture gambar beliau yang tampil seksi dan berani dengan seluar ketat leopard print. 


“ Hai Roy ! Busy? ”

“ Aah ! I tengah busy. Better jangan kacau.”

“ Sombong la you sekarang. Mentang mentang dah ramai peminat.”

“ ??? ”

“ You tengah sibuk buat apa pun tu? ”

“ I tengah cari satu button kat Facebook ni tak jumpa.”  

“ Button apa? ”

“ Ada la. Rahsia.”

“ Jual mahalnya you. Lagi you jual mahal, lagi I gewwam tau ! ”

“ huh? ”

“ You macam barang barang mahal. Lagi mahal, lagi I akan berusaha nak beli.”

“ Ouhhh. You pulak macam pelangi.”

“ Awwhhh so sweet ! Mengindahkan hari you selepas hujan yang lebat, bukan? ”

“ Bukan ! Maksud I 'pelangi' dalam air sirap kenduri. Eeeee geli ! ”

“ Azroy !!! ”

“ Hah jumpa pun button tu ! ”

“ Button ap . . . . “



* Azroy is now offline *



2 comments:

Luna said...

gewwammm ye itewww ngan azroy ni!

hahahahahaha. cam gampang.

W a e said...

Hahahaha ! Gewwam kan?