21 August 2010

fiksyen pendek - siri 2

siri 1 boleh didapatkan di sini----> (link)

*******

Combi tersenyum nipis sendirian.
Sekejap dia toleh ke kanan, sekejap dia toleh ke kiri.
Kemudian dia kembali tersenyum.
Talifon bimbit ditangannya ditatap berulang kali.

"Lu tunggu situ ye! Nanti abang datang ambil. Boleh juga pekena cendol Haji Tamrin simpang tiga tu"
pesanan ringkas sms dari buah hatinya, Najib, dibacanya berkali-kali.

Combi tersenyum sendirian lagi. Kali ini disertai hilaian tawa kih kih kih.
Orang sekeliling yang menunggu bas di perhentian itu cuba menjarakkan sedikit kedudukan dari Combi.
Risau diapa-apakan orang gila barangkali.

*******

"sreeeettttttttt !" 
Kereta kancil dipandu Najib berhenti mengejut tepat dihadapan perhentian bas tersebut.
Kucar kacir golongan senior citizen yang menunggu bas di situ melompat akibat terkejut.
Seorang pakcik dalam lingkungan usia 70an kelihatan terbaring di satu sudut sambil menyedut inhaler yang biasa digunakan oleh pesakit asma.
Selepas beberapa ketika pakcik tersebut beristighfar panjang sambil bangun menampar bontotnya bagi menghilangkan debu-debu pasir yang berbekas di seluar hitam yang dipakai.


Najib keluar dari kereta kancil.
Spek mata gelap dikenakan seraya melangkah membuka pintu kereta depan sebelah kiri buat Combi.
Combi tersenyum malu.

"Pakailah tali pinggang keledar lu tu" tegur Najib manja.

Combi tersenyum lebar sekali lagi.
Kali ini benar-benar lebarnya.
Ah tidak disangkanya Najib begitu gentleman sekali.
Jarang lelaki bersikap gentleman sebegitu terhadapnya.
Combi benar-benar kagum dengan sikap penyayang dan ambil berat Najib terhadap keselamatan dirinya.
Mungkin Najib tidak mahu Combi tercedera sekiranya berlaku sebarang kecilakaan.

********

"Abang bukannya apa Combi...." Najib memecah kesunyian dengan memulakan bicara.

Combi membetulkan duduknya sambil cuba memberi perhatian kepada bicara Najib.

"Kat simpang depan tu nanti ada polis buat roadblock !" sambung Najib.


Senyuman Combi terhenti.
Mukanya tiba-tiba masam mencuka.
Volume radio kereta kancil Najib di-tune Combi sehingga ke paras maksimum.
Kereta bergegar dengan alunan lagu dari kumpulan XPDC.


Najib geleng kepala tiga kali.


ouh ouh yeahhh !

18 August 2010

7 ramadhan 2010

pagi tadi .
najib bersiap-siap nak ke kelas .
bukan main gembira lagi dia .
macam biasa, sambil turun tangga sambil bercakap .
tatasusila jauh dibuangnya .
kalau ada parang tajam sebelah gua pagi tadi , time-time tu juga gua baling dari jauh ! cis .

" wae , gua mimpi time tido tadi . gua mimpi gua lepak kat surau ! " jelas najib .

sambil cakap najib senyum lebar .
jernih wajah najib gua pandang time tu .
mungkin ada sisa tahi mata sebab baru bangun tido tapi gua buat pandang tak pandang .

gua diam mendengar penjelasan najib mengenai mimpi dia .
mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak .
dalam kepala gua dah tune satu hal je .
lepas ni gua dah tak boleh layan najib macam sebelum ni lagi .
gua dah tak boleh senang-senang nak sound najib .
gua kena cuba sebaik mungkin menggembirakan najib .


notakaki: lu orang kalau ada buat hal dengan najib baik minta maaf cepat-cepat sementara sempat . kalau ada hutang baik cepat-cepat bayar . gua cuma harap najib sempat beraya dengan family dia je tahun ni . gua tengah pikirkan nak buat satu majlis kenduri untuk najib ni . kalau perlu sewa dewan , gua sewa . gua tak main-main hal macam ni .


ouh ouh yeahhh !

15 August 2010

5 ramadhan 2010

Najib kelam kabut turun tangga rumah .
aktif benar gaya orang baru lepas pekena air oren satu balang .
sambil turun tangga sambil mulut bertanya .
memang tak ada tatasusila langsung !

" wae kalau gua nak translate surat kiriman rasmi bahasa melayu ke bahasa inggeris , boleh ke tak copy paste semua terus kat google translate ? "

macam yang gua tulis dalam entri sebelum ni , gua memang memainkan peranan penting dalam hidup Najib .
Najib pasti merujuk sesuatu dengan gua terlebih dahulu .
kucar kacir juga hidup najib ni kalau tiada gua .

*tersenyum bangga*

" mana boleh Najib ! benda tu translate seketul seketul . Nanti berrterabur la grammar . " jawap gua serius .

najib gelisah .
esok dia dah nak kena hantar surat tunjuk sebab di atas ketidak hadiran dia ke kelas .
itu la balasan untuk orang pemalas .
dah penat gua tunjuk sifat-sifat mahmudah ke Najib , perangai pemalas tu juga yang diamalkan dia .
entah tiru perangai siapa la tu .
dalam kepala gua ni cuma terbayang Karim saja .

************
Najib ambil keputusan untuk translate sepotong demi sepotong ayat menggunakan google translate .
sambil-sambil tu dia rujuk juga ke gua .

walaupun gua sering memperoleh keputusan yang baik dalam mata pelajaran penulisan bahasa inggeris dan bahasa melayu di zaman persekolahan gua dahulu , gua sebenarnya kurang cenderung memilih soalan berbentuk format surat kiriman rasmi ni kalau dalam peperiksaan .
taste gua lebih into ke soalan berbentuk -
akhiri karangan anda dengan ayat " kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira setelah berjaya mendapatkan cendol . . ."

**********

sambil Najib tekun translate surat dia , sambil gua rancak bermain fesbuk di sebelah .
sambil-sambil tu ada juga gua jeling jeling skrin laptop najib melihat perkembangan surat yang dikarang .
Najib ni bukan boleh harap sangat , kang nanti dengan alamat-alamat pun dia pergi bantai guna google translate .



tiba-tiba gua dikejutkan dengan suara Najib yang naik berang !
" bikin gua panas la google translate ni ! ada ke patut dia translate nama gua Najib bin Abdu Greetings ! "

gua sekadar mampu gelak keh keh keh kat sebelah !



notakaki : nama sebenar Najib mengikut surat beranak ialah Najib bin Abdu Salam .


ouh ouh yeahhh

14 August 2010

4 ramadhan 2010

gua pegi bazar ramadhan lain pula hari ni .
peh ! heaven .
banyak pilihan makanan . makwe-makwe dia pun ramai .
memang lepas ni inila bazar ramadhan ruji gua dengan Najib .

sampai sampai je gua terus serang gerai murtabak . macam biasa !
rm 2. 50 saiz biasa-biasa .

dah beli kami sambung berjalan lagi .

sambil berjalan sambil mencuci mata .
sambil berjalan sambil telan air liur .
sambil berjalan sambil pikir nak beli apa pulak untuk juadah berbuka besok .

tiba-tiba pandangan gua tertumpu ke sebuah gerai .
makcik dengan pakcik yang meniaga kat gerai tu biasa-biasa saja .
tipikal peniaga kelas d .
masalahnya sekarang dorang jual murtabak harga dua ringgit saja .
saiz pun boleh tahan solid .


Najib hulur duit dua ringgit ke makcik tu .
bagi melengkapkan hukum berjual beli , makcik tu hulur bungkusan berisi murtabak ke Najib .
Najib pula senyum sinis ke gua .
skill penumbuk rusuk gua gua simpan dulu tunggu sampai balik rumah ! cis .

selesai jual beli apa yang patut , kami beransur ke parking motor untuk pulang ke rumah .
baru najib nak sarung helmet gua dah bersuara
" Syidi order lu dah beli ? "

Najib mengeluh !
cepat-cepat dia patah balik ke bazar ramadhan mendapatkan nasi kerabu untuk Syidi .
ini antara bukti-bukti yang gua memainkan peranan penting dalam hidup Najib .
selain menjadi idola kepada Najib , gua juga sekali sekala bertindak sebagai orang yang sentiasa mengingatkan Najib dalam kehidupan seharian dia .
kucar-kacir juga hidup Najib ni gua rasa kalau tiada gua !

* tersenyum bangga *



sambil gua menunggu Najib di parking motor , gua usha makwe-makwe yang lalu lalang .
gua sekadar usha sepintas lalu bagi menghormati bulan puasa .
sambil sambil tu juga gua menyesali tindakan gua yang gelojoh membeli murtabak sebentar tadi .
kalau perangai gelojoh gua tadi tu terbawa-bawa sampai ke pemilihan calon isteri , mungkin tak panjang jodoh kami .

tiba-tiba gua dikejutkan oleh perbualan dua orang brader yang lintas di hadapan gua . 

" bulan bulan puasa macam ni pun nak mengumpat mengumpat ! " macam tu la lebih kurang dialog sorang brader tu .

" Roslan kau kena paham ! ini benda betul . Kalau tak betul baru mengumpat namanya ." balas brader seorang lagi .


ah jenis cetek pendidikan agama .
sejahil-jahil gua pun gua tahu bezakan yang mana mengumpat , yang mana bukan .

borak pasal keburukan orang lain walaupun benda tu betul , tu la namanya mengumpat .
kalau borak pasal keburukan orang lain yang sebenarnya tak betul , itu orang panggil memfitnah !

gua kecewa dengan mentaliti brader tersebut .


bagi melupakan peristiwa tersebut , gua tune semula pandangan gua dengan me-usha makwe-makwe dan mak makwe-makwe yang lalu lalang .


" peh makwe baju pink tu boleh tahan jugak ! " Heheheheheheheheh . . .


ouh ouh yeahhh !

13 August 2010

iklan nini cokelat celup bersama najib

                                      
 
''peh sekali sekala pekena nini cokelat celup ni orait juga rupanya ! 
barang rare memang macam gini dia punya feel.''



''ah si karim ni ! pantang ada benda makan-makan sikit dalam tangan gua, sibuk je dia.''


 ''hah nah amik sikit ! pegi main jauh-jauh jangan kacau gua lagi. 
cis ni memang tak kenyang la nampak gayanya gua ni.''


 

"hah lu makan la sampai habis nini cokelat celup tu karim ! gua nak pekena asam pedas ni pula. yang ni kalau lu kacau juga, kepala ikan ni dengan tulang-tulang gua sumbat dalam mulut lu nanti !"



ouh ouh yeahhh !