21 August 2010

fiksyen pendek - siri 2

siri 1 boleh didapatkan di sini----> (link)

*******

Combi tersenyum nipis sendirian.
Sekejap dia toleh ke kanan, sekejap dia toleh ke kiri.
Kemudian dia kembali tersenyum.
Talifon bimbit ditangannya ditatap berulang kali.

"Lu tunggu situ ye! Nanti abang datang ambil. Boleh juga pekena cendol Haji Tamrin simpang tiga tu"
pesanan ringkas sms dari buah hatinya, Najib, dibacanya berkali-kali.

Combi tersenyum sendirian lagi. Kali ini disertai hilaian tawa kih kih kih.
Orang sekeliling yang menunggu bas di perhentian itu cuba menjarakkan sedikit kedudukan dari Combi.
Risau diapa-apakan orang gila barangkali.

*******

"sreeeettttttttt !" 
Kereta kancil dipandu Najib berhenti mengejut tepat dihadapan perhentian bas tersebut.
Kucar kacir golongan senior citizen yang menunggu bas di situ melompat akibat terkejut.
Seorang pakcik dalam lingkungan usia 70an kelihatan terbaring di satu sudut sambil menyedut inhaler yang biasa digunakan oleh pesakit asma.
Selepas beberapa ketika pakcik tersebut beristighfar panjang sambil bangun menampar bontotnya bagi menghilangkan debu-debu pasir yang berbekas di seluar hitam yang dipakai.


Najib keluar dari kereta kancil.
Spek mata gelap dikenakan seraya melangkah membuka pintu kereta depan sebelah kiri buat Combi.
Combi tersenyum malu.

"Pakailah tali pinggang keledar lu tu" tegur Najib manja.

Combi tersenyum lebar sekali lagi.
Kali ini benar-benar lebarnya.
Ah tidak disangkanya Najib begitu gentleman sekali.
Jarang lelaki bersikap gentleman sebegitu terhadapnya.
Combi benar-benar kagum dengan sikap penyayang dan ambil berat Najib terhadap keselamatan dirinya.
Mungkin Najib tidak mahu Combi tercedera sekiranya berlaku sebarang kecilakaan.

********

"Abang bukannya apa Combi...." Najib memecah kesunyian dengan memulakan bicara.

Combi membetulkan duduknya sambil cuba memberi perhatian kepada bicara Najib.

"Kat simpang depan tu nanti ada polis buat roadblock !" sambung Najib.


Senyuman Combi terhenti.
Mukanya tiba-tiba masam mencuka.
Volume radio kereta kancil Najib di-tune Combi sehingga ke paras maksimum.
Kereta bergegar dengan alunan lagu dari kumpulan XPDC.


Najib geleng kepala tiga kali.


ouh ouh yeahhh !

No comments: