19 January 2011

terima kasih sebab masukkan duit !


abah


notakaki : heheheheh !


ouh ouh yeahhh!

18 January 2011

kain pelikat

ada satu hari tu.
gua kelam kabut cari kain pelikat simpanan !
kain pelikat yang lain semua dah sumbat masuk timba pakaian kotor !
gila apa nak sembahyang pakai seluar basketball londeh sampai tutup lutut.
waktu zohor pun dah tinggal sikit lagi sebelum expired ! gua makin ligat cari kain pelikat.
dalam kepala otak gua memang nampak selimut saja kalau dah memang tak ada sangat kain pelikat !

macam biasa, najib tengah tidur time ni !

sedang gua rancak punggah punggah beg pakaian cari kain pelikat, tiba tiba najib menjerit !
amboih jenis menjerit dah macam makwe makwe sekolah asrama kena histeria.
kang kalau gua tampar budak najib ni, malu dapat, sakit pun dapat !
menjerit jenis tak tahu malu ke jiran tetangga langsung.


"tolong wae ! tolong ! sakit wae ! sakit.." 
kaki najib cramp ! kalau dalam bahasa mudah dia kekejangan otot.

cilake ini first time juga gua tengok orang tidur kena kejang otot ! kalau tengah bersukan tu lain cerita.
gua yang ada pengalaman sikit sikit hendel orang kejang otot ni pun pantas berlari mendapatkan najib ! chewaahhh bunyi dah macam hero hero juga gayanya tu ! hehehe..


gua luruskan kaki najib yang terbaring tu ke atas.
gua tekan hujung tapak kaki dia kebawah.
gua tolak kaki dia ke depan kebelakang, kedepan kebelakang ! ewahhh..

dalam 5 minit, kaki najib dah okay sikit.
gua biar dia tarik nafas dua tiga round.

dalam dua tiga minit lepas tu, najib sambung berdengkur balik ! cilake.





pung pang pung pang cerita punya cerita, last last gua sembahyang zohor pakai seluar jeans belum seterika ! hehehe..




ouh ouh yeahhh !

08 January 2011

sabtu malam

gua sekarang kat rumah sewa di shah alam !
kalau ikut jam di telefon tangan gua sekarang, dah pukul 8.18 malam.
cilaka macam pantun dua kerat pula bunyi dia.

masaalahnya sekarang, apa jadah gua dengan najib berdua ja kat rumah malam malam minggu macam ni ! gua tengok najib, najib tengok gua. najib ni pula dah start main lagu lagu sixth sense di winamp dia jenis ulang dua tiga kali ! kang nanti gua tumbuk juga rusuk kiri najib ni, bosan punya pasal.

okay sekarang baik gua cepat cepat pikir nak buat apa malam ni sementara malam masih muda ! kang nanti kalau malam dah masuk kategori senior citizen dah tak sedap dah nak buat aktiviti.





jangan sampai gua main jentik tudung botol dengan najib bosan punya pasal ! dah teruk benar gayanya tu.



ouh ouh yeahhh !

31 December 2010

pengumuman pengumuman !

"tak semua orang bertuah dalam dunia ni ! dan tak semua yang bertuah dalam dunia ni ialah orang."

cilake, pepatah apa gua tulis ni pun gua dah tak paham. boleh tahan juga bunyi dia dua tiga kali baca ! hehehe..

yang sebenarnya gua cuma nak bagitahu yang hari ni, 31hb bersamaan hari last 2010 adalah hari terakhir gua berkerja di guardian !

jadi sapa sapa yang ingin tergolong dalam golongan orang bertuah jangan segan silu datang ke kedai hari ni untuk membeli belah apa yang patut ! kalau tak ada aral melintang mungkin gua akan adakan sesi ramah mesra bersama para pelanggan dalam dua tiga sesi lebih kurang.

hal hal macam ni pun gua dah awal lagi bincang dengan pihak kerajaan, so gua harap benda ni sedikit sebanyak merungkai persoalan di minda lu orang semua sebab apa kerajaan kasi cuti hari jumaat dan bukannya khamis? ini bagi menghormati hari terakhir gua bekerja dan sekali gus memberi peluang kepada mereka yang bercuti untuk meluangkan masa membeli belah di guardian kulim dan membuat pembayaran di kaunter bersama gua.

sembang pung pang pung pang pun tak guna, hari ni gua masuk kerja lepas semayang jumaat ! free gift pun banyak nak kena clear ni. jadi kalau rasa nak sikit, jangan lupa lemparkan senyum manis anda ke gua. yang laki tu lu orang abaikan perenggan ni !



hanya mereka yang bertuah saja yang berjaya mendapat resit tertera nama gua macam ni ! mungkin ada dua tiga makwe yang dah framekan benda ni buat gantung di bilik. 
lu orang ingat senang gua nak kasi nama penuh?!





ouh ouh yeahhh !

28 December 2010

lelaki berkarier !


antara sebab dah lama gua tak up cerita baru di blog walaupun tengah cuti semester :


Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Kaunter dan Urusan Pembayaran



gua memang bizi sekarang ! dia punya bizi kadang kadang sikit lagi nak sama macam bizi guru besar sekolah tamil. cilakak !

selain dari pegang jawatan pegawai-pegawai, gua pun hendel department sampah sarap jugak ! urusan mengemop dan menyapu lantai dah jatuh bawah bidang kuasa gua sekarang. jangan main main !

lagi satu gua nak bagi tahu yang gua dah ada akaun kwsp sekarang ! lu orang yang cuma ada akaun fesbuk dan myspace jangan kecil hati pula. nanti sampai la masa lu orang tu ! keh keh keh.

gua ingat kalau gua ada duit lebih sikit hari lagi, gua nak beli kedai yang gua kerja sekarang ! peduli apa gua.



ouh ouh yeahhh !