31 December 2010

pengumuman pengumuman !

"tak semua orang bertuah dalam dunia ni ! dan tak semua yang bertuah dalam dunia ni ialah orang."

cilake, pepatah apa gua tulis ni pun gua dah tak paham. boleh tahan juga bunyi dia dua tiga kali baca ! hehehe..

yang sebenarnya gua cuma nak bagitahu yang hari ni, 31hb bersamaan hari last 2010 adalah hari terakhir gua berkerja di guardian !

jadi sapa sapa yang ingin tergolong dalam golongan orang bertuah jangan segan silu datang ke kedai hari ni untuk membeli belah apa yang patut ! kalau tak ada aral melintang mungkin gua akan adakan sesi ramah mesra bersama para pelanggan dalam dua tiga sesi lebih kurang.

hal hal macam ni pun gua dah awal lagi bincang dengan pihak kerajaan, so gua harap benda ni sedikit sebanyak merungkai persoalan di minda lu orang semua sebab apa kerajaan kasi cuti hari jumaat dan bukannya khamis? ini bagi menghormati hari terakhir gua bekerja dan sekali gus memberi peluang kepada mereka yang bercuti untuk meluangkan masa membeli belah di guardian kulim dan membuat pembayaran di kaunter bersama gua.

sembang pung pang pung pang pun tak guna, hari ni gua masuk kerja lepas semayang jumaat ! free gift pun banyak nak kena clear ni. jadi kalau rasa nak sikit, jangan lupa lemparkan senyum manis anda ke gua. yang laki tu lu orang abaikan perenggan ni !



hanya mereka yang bertuah saja yang berjaya mendapat resit tertera nama gua macam ni ! mungkin ada dua tiga makwe yang dah framekan benda ni buat gantung di bilik. 
lu orang ingat senang gua nak kasi nama penuh?!





ouh ouh yeahhh !

2 comments:

Cik Embun said...

hahhaaa
xleh blah wae..
wey kalu p guardian x beli apa2
dpt free gift x??
hik3~

W a e said...

free resit tu memang konfem dapat !