12 August 2010

1 ramadhan 2010

gua tak ada kelas satu hari ni .
lepak je la kat rumah .
dari awal lagi gua dah eksaited benar nak ke bazar ramadhan .
maklumlah hari pertama puasa .
gua awal-awal dah target nak serang gerai murtabak dulu !
dapat rembat murtabak daging satu , murtabak ayam satu pun orait juga .
gua dengan murtabak memang tak dapat dipisahkan ibarat gua dengan kentaki .
dari pukul 1. 30 gua tunggu tengok jam bila masa sesuai nak ke bazar ramadhan .
budak-budak lain semua ada kelas .
cis tak raihan langsung 1 ramadhan pun nak ada kelas !



dia punya eksaited nak ke bazar ramadhan sampai gua tertidur la kiranya .
selamat ada Najib. dia kejut pukul 6 lebih ajak pegi bazar .
naik la moto kami berdua ke bazar .
Najib bawa gua pegi bazar ramadhan dekat area perumahan kitorang ni juga .
Najib cakap banyak juga gerai yang menjual juadah berbuka disediakan .
gua tak pernah lagi lepak bazar ni .
harap-harap bazar ni tak menghampakan gua .


sampai di bazar ramadhan , peh ! boleh tahan juga ramai orang .

dekat 45 minit gua pusing ulang alik bazar ramadhan sekangkang kera tu cari murtabak !
hampir-hampir gua amuk satu bazar ramadhan tu murtabak punya hal .
nasib baik gua tak bawa parang je .
woi apa cerita buka puasa tak ada murtabak ni !
tu dah melanggar adat juadah berbuka gua namanya .
sia-sialah gua tak makan murtabak sepanjang tahun nak dapat feel murtabak ramadhan punya pasal .

last-last gua jumpa ada satu je gerai yang jual murtabak .
itupun gua perati pakcik tu macam baru join scene murtabak .
jenis tak berseni langsung kerja tangannya .
macam roti canai pun ada .
nipis selekeh huduh .
orang pula bukan main ramai berebut .
masing-masing jenis buta seni agaknya .

gua hampa .
gua beli air .
gua beli benjo .
gua beli hotdog .
nasi gua memang berazam taknak sentuh langsung bulan ramadhan ni . Jenis diet !


gua balik rumah muka masam bonceng moto najib .
dalam hati dah memang kucar-kacir dia punya feeling .

sepanjang berbuka puasa gua diam tak bercakap langsung .
time-time macam ni jangan ada sorang pun budak-budak rumah berani nak tanya ke gua perihal murtabak .
memang gua kasi tumbuk rusuk dorang time-time tu juga nanti .

Najib gua perasan awal-awal lagi dah duduk berbuka jauh sikit dari gua .




p/s: jangan harap gua nak pegi bazar ramadhan tu lagi !


ouh ouh yeahhh !

10 August 2010

terawih pertama 2010

semua budak-budak rumah sewa sibuk bersiap nak ke surau .
surau dengan rumah kitorang adala dalam tak sampai 200 meter .
masing-masing baru nak sibuk cari kain pelikat la baju melayu la semua .
bilik air pun pakat berebut habis .
rumah ni ada 3 bilik air tapi satu je yang senonoh sikit nak panggil bilik air.
lagi dua tu tak habis-habis dengan masaalah perpaipan .
adala juga kitorang bawak hal ni ketengah dan berbincang dengan tuan rumah .
last-last haram tiada tindakan susulan yang diambil .
selamat gua masih boleh bersabar lagi .
jangan sampai gua bawa hal ni ke pengetahuan Aduan Rakyat TV3 .
brader Karam tu boleh tahan juga dia punya kuasa .

azan isyak hampir berkumandang . Syidi dah kelam kabut .
gua suruh Akmal , Syidi , Syapiq dengan Adib pegi dulu .
awal-awal lagi gua dah sound dorang kalau tak sempat mungkin gua masuk second half solat isyak tu .


dah siap-siap apa yang patut , gua pun bergerak la ke surau bersama Achai dengan Karim .
tutup lampu tutup pintu kunci gate .
bulan-bulan puasa ni syaitan memang kena ikat tapi kutu pecah rumah tak boleh kira jugak .
bila-bila masa saja dorang on.

kami melangkah ke surau .
gua sengaja buat langkah kecik-kecik sebab gua dengar setiap langkahan ke surau itu pahala .
kalau dah gua langkah 1000 langkahan ke surau , lu orang pandai-pandai sendiri la kira berapa pahala gua dah dapat .
tu kalau 1000 , cuba kalau sejuta. hah amacam ? !

tengah leka bersembang sambil melangkah ke surau , gua teringat satu benda !
gua terus jadi panas .
cis !


*********

dari bilik tingkat atas rumah sewa kami , sayup-sayup kedengaran suara Najib . . .

" weh semua budak dah pegi ke ? ! "



gua langkah patah balik pegi buka gate rumah .
Jahanam punya Najib !


----------------------------------------------------------------

solat isyak baru saja selesai .
sementara menunggu solat terawih gua lepak di satu sudut surau bersama Najib Karim dengan Achai .
masing-masing jenis diam tak banyak cakap stail orang beriman sudah semayang .

tiba-tiba gua ada nampak satu budak kecik .
gua syak budak ni boleh tahan dia punya samseng kat area perumahan ni .
mungkin juga dia pegang scene bolasepak budak budak kecik taman .
gua selalu juga nampak dia ulang alik petang-petang depan rumah gua dengan bola sebijik .

gua tak cakap banyak terus tegur
" lu ada mercun ? "

dia diam sambil geleng kepala .
muka cuak serba salah .

jahanam jenis belum sunat lagi ni gua agak !


gua alih perhatian ke budak kecik baju hitam depan gua .
gua syak budak ni mesti dalam lingkungan umur dajah satu ke dajah dua macam tu .
gua harap-harap budak ni tak menghampakan gua .
gua mula langkah nak tegur budak tu .

belum sempat gua buka mulut nak tegur , gua dah tukar fikiran .
gua rasa bersalah .
gua tak jadi tegur .
gua undur sila gua ke belakang sedikit .


belakang baju hitam budak tu tertulis tulisan kaler putih :  

A P I  M E M B U N U H !  C E G A H L A H !  9 9 9 .






Jahanam jahanam jahanam !


ouh ouh yeahhh !

09 July 2010

23 June 2010

fiksyen pendek - siri 1

Sudah pukul 2 pagi, namun Tukiman masih belum dapat melelapkan matanya !
Ketika anak-anak berketurunan Jawa lain rata-rata sudah di alam mimpi, tukiman masih lagi terbaring memandang kipas berdebu tebal yang berpusing pada kelajuan maksimum 5 itu.
Lantas Tukiman bangun dan serta merta membuka laptop yang dihadiahkan oleh abangnya, Atoi baru-baru ini.
Laptop tersebut atoi dapat 3 tahun lepas, daripada abang sulung mereka Kordi, juga sebagai hadiah. atau lebih senang dipanggil harta pusaka adik beradik turun temurun !



10 notifications !
Tukiman tersenyum sendiri melihat ikon nombor 10 berwarna merah di ruangan notifications tatkala dia membuka akaun facebooknya.



"cilake !"
Tiba-tiba perkataan keramat itu terpacul dari bibir tebal tukiman.
Bukan main marah lagi dia apabila mendapati tidak ada satu pun notifications tersebut yang ada kaitan dengan dirinya.
Kesemuanya adalah komen-komen dari orang yg tidak dikenali Tukiman.
Rakan-rakan pena azman mungkin.
Lantas tukiman menekan butang "unlike" pada status Azman yang di"like"nya petang tadi.


"bapak gua beli kereta baru ! kereta sorong ! keh keh keh.."
Begitulah lebih kurang bunyinya status facebook azman yang berjaya meraih 60 "like" berserta 100 komen.
Azman memang popular. Rakan penanya di facebook sahaja sudah mencecah 4 angka.
Tukiman pernah jugak sangsi samada mereka yang add azman ataupun sebaliknya.
Azman bukanlah artis mahupun sapa-sapa.
Ujibakat kumpulan nasyid sekolah pun gagal.
Oh bukan gagal, ustazah yang berkeras tidak mahu memberi borang penyertaan kepada azman sebenarnya.


Tukiman tidak keruan lagi !
Facebooknya di-logout serta merta.
Dia lantas ke dapur untuk mendapatkan segelas air bagi menghilangkan dahaga.

Dalam perjalanannya ke dapur, Tukiman terpandang bag sekolah petak berjenama Swan.
Lantas dia mendekati bag tersebut.

matematik 3 !
Buku berwarna koko keperangan itu diambilnya, diselak setiap helaian muka surat.


"Cis ! Ada lagi rupanya soalan yang belum dijawap." getus hati Tukiman.
Dia lantas mengambil pensel 2B berjenama Stabilo yang panjangnya lebih kurang ibu jari tangan lelaki mumayiz dan lantas membuat kira-kira untuk menjawap soalan-soalan matematik tersebut.

Belum pun sempat angka 125.6 berjaya ditulis Tukiman, mata pensil tersebut patah.
Tukiman dengan perasaan benci mencari pensil-pensil simpanan lain.
Malangnya tiada satu pun yang berpotensi untuk digunakan.
Semuanya sudah patah matanya.
Hati kecil Tukiman lantas menyalahkan apaknya yg kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang bagi membeli sharpener bulat yang dilengkapi cermin.


Namun kejadian mata pensel patah itu tidak sedikit pun mematahkan semangat tukiman untuk menjawap soalan-soalan matematik tersebut.
Pensel warna Luna yang berwarna hitam dicapainya.
"ah apadehal ! hitam jugak" detik hati Tukiman.





Sudah lima minit berlalu, satu soalan matematik pun masih gagal dijawap Tukiman.
Kalkelater saintifik yang penuh dengan stiker Hello Kitty itu puas ditekan-tekan Tukiman namun masih gagal mendapat jawapan.


Tukiman bertambah geram.
Buku Matematik 3 itu lantas dilemparnya jauh-jauh sebagai tanda amarah dan benci.
Tukiman memang baran orangnya.
Cuma barannya itu tidak berani ditunjukkan dihadapan apaknya sahaja.
Mahu mati Tukiman dipukul jika apaknya nampak kelakuannya melempar buku sebentar tadi.
Pernah suatu ketika Tukiman membaling kotak pensel adiknya, Ayu, ke luar rumah gara-gara anak gadis kecil itu meminjam salah satu pemadam kesayangan Tukiman.
Mahunya tidak, pemadam itu adalah hasil usaha Tukiman bertarung dengan Azman dalam perlawanan pemadam.
Akibat daripada tindakannya melempar kotak pensel Ayu itu, habis belakang badan Tukiman menjadi mangsa libasan tali pinggang 10 ringgit pasar malam, milik apaknya.
Sehingga meninggalkan parut berbentuk huruf "Z" dibelakang badan Tukiman hingga ke hari ini.
Apak Tukiman tidak dapat dinafikan memang peminat nombor satu siri Zorro .



Tukiman menghembus nafas panjang-panjang selepas melempar buku Matematik 3 itu tadi.
Dia lantas berlalu pergi menuju ke bilik tidurnya.


"Jahanam ! Ni apa hal aku pulak yang sibuk sibuk nak siapkan kerja sekolah si Ayu ni." sesal Tukiman diatas tindakannya sebentar tadi gara-gara tidak dapat melelapkan mata.



ouh ouh yeahhh !

03 June 2010

i love analog camera !














kamera: lomography fisheye 2
filem: kodak ektachrome elite 100 (expired 12/1997)




ouh ouh yeahhh!