09 January 2013

Roy Menulis #10


Hi, peminats.


Menjadi seorang boy bernama Roy, the general rule is, jangan easily terpedaya dengan pujuk rayu kaum yang satu lagi, ‘girls’.



Beberapa bulan yang lepas.

I tengah tengok New Girl episode yang ke–‘sorry I tak ingat berapa’ bila suddenly I terima satu text message.

“Hi Roy ! This is Sophea.”

Sophea, cousin kepada one of my friends, Intan. 
Cantik (In case you cuba nak bayangkan, just pick any girl cantik yang you kenal. Okay the exaggeration is, this Sophea is dua kali ganda cantiknya.), awal 20an, rambut paras bahu, berkulit cerah, bermata coklat dan masih belajar di Taylor's.
Wow, kagumnya I dengan diri sendiri. Jarang I ingat this banyak pasal girl yang I baru kenal. Selalunya I cuma ingat nama dan special features. Muka yang cantik, misalnya.

Dia hantar text message. Okay, now where she made a mistake.
Kenapa hantar text message bila you have another option, which is you boleh buat call. 
At least, I ambil serious dengan girls yang tunjuk effort dengan kumpul courage and taking all the risks untuk call I.

New Girl episode yang ke–‘sorry I tak ingat berapa’ ni masih ada durasi kurang lebih 15 minit untuk tamat. I tak reply text tu dan sambung tengok how douchebag Schmidt is. I rasa character Schmidt tu tak well-developed supaya nampak that douchebag's characteristics. Come on, douchebag is not all about self-deluded, vain, womanizer and stuffs like that. There are more ways to show how douchey someone is, like...
Oh kat mana kita sebenarnya tadi?

Sorry.


Okay berbalik kepada cerita kita tadi, few minutes later she called.

“Hello, Roy ! Ni Roy Romeo kan?”

“Yea Roy ni.”

“Hi Roy. Sophea. Ingat tak yang kat cafe minggu lepas.”


Again, menjadi seorang boy bernama Roy, the second general rule is, don't do something yang indirectly bagi harapan pada mana mana girls. So, I buat buat lupa.


“Sophea? Sorry la, which Sophia eh?” I tanya.

“Sophea, I cousin Intan. That day Intan ada kenalkan dengan you kat cafe tu.”

“Ouh you. That Taylor's girl, kan? Yeah, ada apa eh?”

“Nothing. I dapat your number dari Intan and saja call you. Emmm by the way, you free tak, Roy?”

Okay this is where the ayat pancing and those stuffs selalunya start. Kenapa ayat with words like 'nothing' and 'saja call', diakhiri dengan soalan free ke tak? Pancing at its best. I harus berhati hati. Kena keep it cool macam biasa.

“By the way ke, by the sky ke, even by the sea pun, mana ada benda free dalam dunia ni, saudari.” I jual mahal dalam bentuk kelakar hambar. 

“Hahahaha you funny. I ingat kalau you free I nak ajak teman I dinner. Kawan kawan I semua keluar. Boringlah, Roy. Free tak? Let's la. Its on me.” 

Girls, bila mereka explain dalam nada manja dan konon konon sedih begini, kita boys patut tahu yang kita actually berada dalam posisi bahaya dimana possibility tinggi untuk kita setuju keluar makan dan akhirnya tertipu dan menjadi mangsa kepada topik topik perbualan (which is not actually a perbualan, kerana kita yang good boys ni sama ada sukarela or paksarela, most of the time cuma duduk lending our ear to listen) yang mostly berkisarkan their problems dengan orang yang kita langsung tak kenal, sale dekat malls and kadang kadang fashion. You know, those girls' thingy. 


Then...

“Kawan kawan you semua pergi mana?” I cuba elak daripada soalan tadi.

“They all pergi tengok movie. 'Istanbul Aku Datang'.”

“So, kenapa you tak join? I dengar cerita tu sweet. You girls suka la kan cerita cerita sweet ni?”


“Roy, kalau I nak spend my precious time an hour lebih and beberapa ringgit untuk something yang sweet and yang will make me go ‘Awwwww’, baik I spend time dengan you belanja you makan. I dapat benda yang sama.”


* * * * *

Cut the crap. 

I kalah malam tu. How could you, a reasonable boy, tolak such permintaan. Plus, dia ada good reason untuk something yang dia rasa worth it, which is spend masa dengan I, (ehem) Roy Romeo.
It was a win-win situation though. 


* * * * *



Menjadi seorang boy bernama Roy, the general rule is, jangan easily terpedaya dengan pujuk rayu kaum yang satu lagi, ‘girls’.


But boys, ingat, there's always an exception to the general rule.




Till then, people. Jaga diri.




29 September 2012

"Senyummu menawan, menawannnnnnnnnn."


"I ada seorang kawan perempuan yang selalu dapat C dalam exam. Orang panggil dia Stay-C."

"Ouh ! I pulak dulu selalu dapat result teruk dalam exam, tapi kawan kawan bagus, selalu support cakap "Steady la hang ! Steady !". Baru hari ni I tau depa maksudkan 'stay D'."





Ouh Ouh Yeahhh !


15 September 2012

Irene Qadhija





Nama I Wae. Wae Ismael.
32 tahun, pemilik restoran makanan barat terkenal dan dikurniakan seorang puteri, Irene Qadhija, 5 tahun.

Irene anak yang cantik. Saling tak tumpah seperti ibunya, Melissa, gadis Inggeris yang I kahwini 6 tahun yang lepas. That’s not the only thing she’d got from her mother, dia juga bijak and petah berkata kata. Ada saja soalan yang ditanyakannya.


“Abah, how many people in Malaysia?”

“29 juta, sayang.”

“Siapa yang kira, abah?”

“Orang yang kerajaan lantik untuk kira la, sayang.”

“So orang tu dah jumpa semua orang dalam Malaysia la, Abah?”

“...”

***

Pernah satu hari dia bertanyakan soalan yang I sendiri pun pening untuk menjawapnya.

“Abah, what is the opposite of opposite?”

“I know the answer, sayang. But abah kan dah bayar cikgu Irene kat tadika. Esok you tanya dia, okay sayang?” I cuba mengelak.


***

And ada that one time, dia bertanyakan soalan yang kelakar and that question, it never even crossed my mind before.

“Abah, kalau kita slow-kan speed kipas ni ke 1 instead of 5, bil elektrik murah sikit tak?”


***

Then one day when I was reading a newspaper.

“Abah, pembunuh tu apa?”

“Pembunuh tu orang jahat, sayang. Dia buat something sampai orang lain mati.”


Irene diam. Dia sambung main Angry Bird di ipad10 I.

“Abah, ibu mati masa lahirkan Irene. Am I the pembunuh, abah?”


I tersentak.
I peluk Irene. Erat.


“Tak, sayang. Bukan. You’re not the pembunuh.”


I dapat rasakan belakang bahu I basah. Basah dengan air mata Irene.





Mel, I miss you.


23 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.







p/s : Klik gambar untuk pilih yang mana berkenan.



Ouh Ouh Yeahhh !



11 July 2012

Rindu.

Panik !
Satu rumah panik.
Wae panik, ibu Wae panik, adik adik Wae pun panik.


“ Cari keliling ni kot kot ada. Sapa yang last tak tutup pintu pagaq tadi? ”
Ibu tanya adik adik.

Adik adik Wae just being adik adik. Salahkan each other.

Wae mula gelabah. Tak sedap hati.
Macam mana kalau Abang betul betul hilang? Betul betul lari dari rumah?
Itu bukan kali pertama Abang hilang. Dah pernah dah.
Tapi selalunya bila cari cari, Abang tak jauh. Menyorok dekat dekat ja.




Beberapa ketika berlalu. Abang tak jumpa jumpa jugak.
Ibu Wae dah masuk rumah sambung masak.
Adik adik Wae dah masuk rumah sambung main game.

Hari tetap berjalan seperti biasa.
Mungkin depa semua ingat last last Abang akan balik jugak.


Wae masih gelabah.
Sampai satu peringkat Wae fikir dia nak tawakal saja dan tunggu Abang balik bila Abang dah taktau nak pi mana.

Mungkin.



“ Tak boleh. Kena cari cepat cepat sebelum dia pi jauh ni. Mustahil dia nak balik sendiri kalau tak cari kan? ”
soal Wae kepada dirinya sendiri.

“ Kannn? ” jawap diri Wae pula.


* * * * 

Wae tak ada jalan lain. Hanya Kakak yang boleh tolong.
Dalam ramai ramai kat rumah tu, Wae pasti Kakak saja yang boleh tolong cari kat mana Abang menyorok. Kakak yang paling rapat sekali dengan Abang.
24 jam sama sama.



“ Kakak, hang kena tolong aku.” Wae minta tolong Kakak.


“ Pi cari Abang, suruh dia balik.”
Wae bagi arahan.

“ Sekarang pi cari Abang, tunjuk kat aku mana Abang menyorok.”



Wae biar kakak yang cari.
Wae tak ikut. Wae cuma berdiri kat satu sudut tengok Kakak pergi mana.
Dia harap harap kali ni Kakak boleh tolong dia.

Kakak jalan pelan pelan.
Yes, pelan.
Wae cuma boleh tengok ja.

Kakak jalan sat, berhenti. Jalan sat, berhenti.
Sekali sekala kepala Kakak toleh kiri kanan, kiri kanan.
Tengah mencari betul agaknya.

Sampailah satu point, Kakak jalan kearah rak kasut.
Rak kasut yang semak and penuh dengan kasut kasut.
Kakak berhenti  kat situ menghadap rak kasut.



“ Hah kat situ tak cari lagi ! ” Wae terpikir kesilapan dia.
Yes girls, Wae pun buat silap tau ! Dia takdalah perfect sangat.

Heheheheheheh !


*(awkward silence)*


K.



* * * *

Wae melutut, rendahkan kepala dia dan mula tengok bawah rak kasut.
Gelap.
Wae suluh guna torchlight handphone.


“ Yesss ! Alhamdulillah. Jumpak pun.” Wae lega.


“ Thanks sangat sangat, Kakak ! ” Wae senyum. Senyum lebar. Senyum tak percaya.
Kakak dah tolong dia. Susah kalau tak ada Kakak tadi.


Wae bawak Abang keluar dari bawah rak kasut, angkat Kakak dengan sebelah lagi tangan.
Cuci sikit sikit, and masukkan balik depa kat tempat rehat depa.





Selamat !





Kakak and Abang.









Rindu.



Ouh Ouh Yeahhh !