19 January 2012

Wae Ismael, Doremon dan exam.

Degil.
Doremon masih berdegil.
Puas Wae Ismael merayu namun jawapan Doremon tetap sama, geleng kepala.
Sambil kunyah Dorayaki, sambil geleng kepala.
Kunyah Dorayaki, geleng kepala.

Inilah kali pertama Doremon menolak permintaan Wae Ismael.

Awak kena belajar berusaha sendiri Wae Ismael.” nasihat Doremon.


Saya janji lepas ni saya akan study dari awal semester. Tidak malas malas lagi. Saya janji dengan kamu Doremon.” Wae Ismael merayu.

Sekarang kamu cuma perlu beri saya pintu ajaib tu agar saya boleh balik ke masa ‘study week’ dan belajar betul betul. Itu saja.




Hmmmm...” Doremon pikir panjang.




Tolonglah Doremon. Kalau kamu tak tolong saya, saya cuma ada kurang dari 24 jam untuk study semua ni. Mana sempat !

"Kamu pun tahu kan saya tak mampu selesaikan soalan exam paper paper saya yang sebelum ini. Tolonglahhh ~" sambung Wae Ismael.





Selepas beberapa minit.






Baiklah tapi kali ini dengan satu syarat. Awak kena berusaha sedikit.” kata Doremon.

Nah ambil buku biru awak ni. Saya dah masukkan satu perkataan ‘pintu ajaib’ di dalamnya. Cari hingga jumpa dan pintu ajaib akan menjelma.”




Tanpa berlengah Wae Ismael membaca buku tersebut.

Dengan serius.




Selang beberapa jam.




Tak jumpa pun Doremon. Kamu jangan buang masa saya. Ini bukan masanya bermain main.” rungut Wae Ismael.



Cari lagi ! Ada dalam tu Wae Ismael. Cuba baca dengan tenang dan sabar.” jawap Doremon. Masih mengunyah Dorayaki.


 
Wae Ismael ulang semula.

Baca lagi.

Dan lagi.

Lagi.

Dari kulit depan hingga ke kulit belakang.

Dari prakata hingga ke penutup.




Kamu tipu ! Kamu tipu ! Kamu tipu !” Wae Ismael berang.


Sudah hampir 7 kali saya ulang baca buku ni. Saya dah boleh hafal pun kesemua kandungan buku ini. Tidak ada satu perkataan ‘pintu ajaib’ pun saya jumpa.” Wae Ismael marah lagi.




Yes ! That's my attention.” Doremon cuba bercakap English.



Wae Ismael mengawal baik dirinya dari tersenyum. Dia faham Doremon cuba maksudkan 'intention'.



Nah sekarang kamu sudah dapat menghafal kandungan buku tersebut bukan? Jadi kenapa perlukan pintu ajaib lagi. Kamu sudah bersedia menjawap peperiksaan kamu esok. Semuanya sudah ada dalam ingatan kamu sekarang.” jelas Doremon.






Wae Ismael termenung seketika.




**********


Mulut Doremon disalotep kemas dengan salotep hitam.
Tangan dan kakinya diikat mati menggunakan tali rafia.
Kemudiannya disumbat ke dalam sebuah kotak.
Kotak itu dibalut kemas.
Dicucuk cucuk sedikit dengan screwdriver supaya ada ruang pengudaraan.




Mulut Wae Ismael tak henti henti membebel.



Bodoh punya Doremon !"

Dia tak tahu ke buku biru yang dia bagi aku baca tu buku International Law.

International Law dah exam dua hari lepas !

Esok ni aku nak exam Law of Insolvency.

Binatang punya kucing !


************


Wae Ismael berdiri menghadap tingkap memandang ke langit sambil memikirkan sesuatu.

Ni nak hantar ke Petknode ke, nak hantar ke Afrika ni?





ouh ouh yeahhh !


2 comments:

nabnab said...

afrika for sure. tengok nnt pandai tak dia guna pintu sukahati balik rumah balik tak

W a e said...

Cis macam mana boleh lupa pulak nak tanggalkan poket dia tu !