12 November 2010

kompilasi tips tips menghadapi peperiksaan

disebabkan gua baru sahaja selesai dengan peperiksaan akhir dan tak ada benda nak tulis, so gua himpunkan kesemua tips tips menghadapi peperiksaan yang pernah gua post di status fesbuk sepanjang musim peperiksaan yang lepas.

ini merupakan antara 8(lapan) tips tips terbaik yang telah gua pilih dari kesemua 8(lapan) tips tips menghadapi peperiksaan yang pernah gua post di status fesbuk. cilake, macam gampang juga apa yang gua tulis kat atas ni ! keh keh keh.

********

1) Langkah masuk dewan dengan kaki kanan dahulu, dan cepat cepat duduk sebelah makwe cantik.

2) Sentiasa membaca doa semasa didalam dewan peperiksaan ! terutamanya sebelum tidur. mungkin sempat dapat petunjuk masa tengah tidur tu.

3) Jangan makan nasik kandar kuah campur sebelum menghadapi peperiksaan ! mungkin banyak masa yang bakal dibazirkan di dalam tandas sepanjang peperiksaan nanti.

4) Jangan sesekali percayakan orang sebelah ! jangan..

5) Jangan bawa masuk sebarang gula gula ke dewan peperiksaan sekiranya tidak bercadang untuk memberi sedikit ke kawan kawan di sekeliling ! kesian la sikit ke kawan kawan sekeliling yang teringin tu.

6) Tolong baca doa senyap-senyap ataupun baca dalam hati ! jangan sampai mengganggu orang sebelah. tuhan tu kan maha mendengar.

7) Sakit perut pergi tandas, nak terkucil pergi tandas, dan kalau nak terkentut pun tolonglah pergi ke tandas ! simpati la sikit kat kawan kawan yang ada hidung ni.

8) Jangan pakai selipar jepun ke dewan peperiksaan ! bunyi selipar jepun basah bila balik dari tandas tu memang boleh bawa gaduh.



peh ! rasa macam fadilah kamsah pula main tulis tulis tips di blog ni. kah kah kah



ouh ouh yeahhh !



4 comments:

FarizaFauzi said...

tips yang sgt bagus...ehehe

W a e said...

jangan kompius ! kah kah kah

nabilah husna said...

wae, hang buat dak mcm hang post ni?kikiki

W a e said...

hamboih soalan perangkap nampak ! kah kah kah