09 September 2011

Roy Menulis # 5

Petang tadi, sedang I asyik bermain Angry Birds di iPhone tiba tiba I dapat satu text message. Dari Hotlink.

Pelanggan dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Sila layari hotlink.com.my


I reply balik ke Hotlink,

6% my ass !!


I lempar iPhone tu ke dinding.
I ambil kunci kereta, I keluar.


Pergi jahanam dengan Angry Birds ! Ini Angry Roy.

*****

08 September 2011

Teka teki mintak penampar # 1

Kopi apa letak di kepala?













Kopiah !


Hahahahahah ! *gelak sorang sorang*




Ok bye !



26 August 2011

Kulim

Kulim sejak kebelakangan ni asyik hujan memanjang .
Hujan pulak bukan bergurau punya hujan , hujan lebat betul betul .
Jangan harap la nak dapat mandi air terjun siang siang macam ni .

Kalau tak hujan pun siang siang gelap ja dia punya mendung .
Sejuk dia tak payah cakap la ! Kalau lepas terawih tu sampai ke subuh dia punya sejuk tu rasa sampai ke tulang .
Nak tergelak juga gua tengok abah gua sarung kain pelikat sama jaket Kementerian Pelajaran masa makan sahur tadi sejuk punya pasal .

" aih bah ! Awal siap nak pergi ofis ? "


Sebenarnya risau juga gua kalau kalau turun salji raya nanti .
Ah sudah , baju melayu dah la setting kain nipis .
Buang tebiat apa raya pertama nak pakai sweater pergi berjalan !






Mungkin dah sampai masanya Kulim ni tukar nama .

 Cool 'em



ouh ouh yeahhh !

21 August 2011

Ketuk Ketuk Ramadhan

Belum tahu nak masak apa untuk berbuka ?

Tak ada resipi untuk dijadikan rujukan ?




Nah gua ' payung ' satu resipi siap dengan video !







' payung ' : belanja 






ouh ouh yeahhh !

19 August 2011

Roy menulis # 4

Petang tadi, sementara menunggu waktu berbuka, I dengan mama buat kerja kerja gardening sikit . Yes, I prefer kerja kerja gardening macam ni instead of Farmville. Jangan tanya kenapa sebab I memang minat benda benda macam ni dari dulu. Maybe ni salah satu specialties I yang tiada pada laki laki lain.
I tahu ! I dah kerap sangat dengar hal hal macam ni daripada girls yang I kenal. Lagipun body I yang solid ni nak buat apa lagi kalau tak disumbangkan untuk tolong Mama I dalam kerja kerja macam ni.


“ Roy, Mama tengok Roy ni ramai sangat kawan perempuan. Takkanla takda sorang pun yang You suka. Carilah girlfriend sorang Roy. ”

Mama mula cari topic nak berbual dengan I.


“ Mama, diaorang tu semua just my bestfriends. I ni pula dah macam ‘the-always-be-there-boy’ for them la Mama. When they need me, I’m theirs ”


I jawap sambil siram bunga orkid Mama dari China.

“ Amboih ! Jealousnya Mama dengar. Kalau macam tu Mama pun nak jadi kawan baik Roy la. Roy tu bila dah balik university nanti mula la lupakan Mama. Nak call pun jarang kan. ”


Mama I dah mula buka muslihat nak merajuk dia. I tahu sebenarnya dia ada maksud tersirat lain ni.



“Mama, You always be my number one bestfriend la you know? Kita dah kenal lama kan ? ”
 
I cuba buat kelakar.


Mama senyum. Tapi kali ni senyuman Mama lain macam sikit.



“ So, bila you nak approve my friend request on Facebook, ' kawan baik ' ?
"





( . . . ) *awkward silence*






“Eh, I dengar macam ada bunyi orang call my phone la. I've got to go. “


I jalan laju.



Mama mengeluh macam biasa,
“ Roy, Roy ! Hati kau keras nak. ”

*******