03 November 2010

gambar ehsan : google image


dulu sewaktu gua masih kecil, otak gua kerap berfikir.
betul gua tak tipu !
berbeza dengan sekarang, otak gua kerap pula berangan.

dan sewaktu gua kecil dulu, setiap kali gua terjumpa klinik dengan papan tanda tertulis "KLINIK BUASIR", otak gua akan sering berfikir.



"Doktor Buasir mesti seorang yang kaya ! Di mana mana saja ada klinik kepunyaan beliau."


yes ! dulu gua sangkakan KLINIK BUASIR adalah klinik kepunyaan seseorang yang bernama Buasir ! Muhammad Buasir misalnya. atau mungkin Abdul Buasir.
samala seperti KLINIK AZMAN, KLINIK CHONG dan KLINIK MURTHI.



cilaka ! otak anak anak kecil naif seperti gua memang mudah tertipu.



ouh ouh yeahhh !

02 November 2010

haiwan peliharaan yang sentiasa merasa bersyukur dan bertuah kerana mendapat tuan yang cool dan baik hati !






tolong cepat sikit matang, buat 'projek' dan lahirkan anak yang ramai ! tolong...





ouh ouh yeahhh !

01 November 2010

perempuan

perempuan itu kadang kala merumitkan.

ada tiga perkara tentang perempuan yang kau tak akan tahu.
satu, hatinya.
dua, fikirannya.
tiga, bila dia akan datang bulan.



ouh ouh yeahhh !

27 October 2010

ada tiga jenis muka orang keluar dari dewan exam...

pertama, jenis muka ceria sebab dapat jawap dengan baik.

kedua, jenis muka sedih tak dapat jawap dengan baik.

ketiga, muka blur baru bangun dari tidur dalam ekon yang sedap.



ouh ouh yeahhh !