Hai, apa khabar? Lama betul saya tidak menulis di sini.
Okay, tu je intro.
* * * * *
Masuk hari ini, sudah tiga hari telefon bimbit saya rosak. Mungkin
sudah empat hari. Entahlah. Memori saya agak kurang baik, secara jujurnya.
Saya agak kagum dengan diri saya kerana mampu bertahan tanpa
telefon bimbit sejauh ini. Untuk pengetahuan pembaca, saya seorang yang tidak
boleh berenggang dengan telefon bimbit sebelum ini. Kecualilah jika telefon bimbit saya yang juga telefon
pintar itu tiada akses kepada internet. Telefon pintar hanyalah sekadar telefon
biasa seperti ‘telefon-telefon marhaen yang kita pernah guna di zaman sekolah dulu,
ingat tak?’ sekiranya tiada akses ke
internet.
Kadang kala, ketika hanyut dibuai angin sunyi malam hari,
saya tertanya-tanya, bagaimana sekiranya ada seorang gadis cuba menghubungi
saya dalam waktu-waktu sebegini. Bagaimana jika dia berjaya ‘put all her courage together’ untuk berterus-terang dengan saya yang selama ini dia punya hati dan
rasa cinta terhadap saya, dan dia ikhlas tentang itu. Bukan semata-mata hanya kerana saya
ini lelaki yang seimbang eloknya budi pekerti dan paras rupa.
Bagaimana pula sekiranya ada gadis lain yang bukan dari kalangan rakan-rakan saya dan 'followers' saya di media sosial yang risaukan saya setelah dia melihat 'last seen' di WhatsApp saya yang bertarikh beberapa hari lepas?
Bagaimana?
Ya, saya boleh saja mengeluarkan kad sim dari telefon pintar
saya dan memasukkannya ke dalam telefon bimbit ibu saya bagi memeriksa
sekiranya ada ‘missed call’ dari sesiapa. Saya juga boleh mengambil inisiatif
lebih baik dengan menghantar telefon pintar saya ke kedai bagi tujuan membaik pulih.
Tetapi persoalannya sekarang, mengapa saya begitu malas untuk berusaha ke arah itu
dan hanya berpeluk tubuh melihat telefon pintar saya terbaring kaku dalam ‘mode
off’?
Sehingga waktu itu tiba, biarlah buat sementara ini saya berteka-teki
memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang telefon pintar saya
itu masih rosak kerana pada hakikatnya, saya begitu pasti yang saya bakal
kecewa apabila telefon pintar saya itu sudah berjaya dihidupkan nanti, saya cuma
bakal menerima satu pesanan ringkas dari Digi yang mengatakan nilai prabayar
saya sudah tamat tempoh dan perlu di-tambahnilai-kan sebelum 75 hari bermula dari
tarikh pesanan itu diterima bagi mengelakkan pemotongan.
Dan bagi menambah kepada kekecewaan itu, tidak ada ‘missed call’
atau pun pesanan ringkas dari gadis yang dalam diam punya hati dan rasa cinta
terhadap saya dan dia ikhlas tentang itu. Bukan semata-mata hanya kerana saya ini lelaki
yang seimbang eloknya budi pekerti dan paras rupa.
Ya, kehidupan saya memang se-'pathetic' ini.
p/s: Saya sekarang banyak membuang masa berfikir apa untuk ditulis di sini(http://malasupdate.blogspot.com/). Jemputlah.