12 January 2013

“Bawalah daku pergi , dari gelisah ini . . .”


Petang 11 Januari 2035 itu sangat indah. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu gelap.

Burung burung berkicauan merdu, kanak kanak berlari riang dengan layang layang control yang dikuasakan dengan technology wireless, dan suri rumah-suri rumah masih lagi menonton drama Dilema Wanita, tak ubah seperti 23 tahun yang lepas.

Di bandar, remaja remaja lelaki berlagak matang bagi memikat hati para gadis. 
Dan lelaki lelaki berumur berlagak muda bagi memikat hati kaum wanita.

Bodoh.

* * * * *

Di sebuah banglo mewah, seorang wanita  sedang asyik membaca sebuah magazine fashion. Walaupun usianya sudah menjangkau 40an, wanita itu masih lagi kelihatan anggun, cantik dan bergaya, tak ubah seperti anak tunggalnya, seorang gadis berumur 18 tahun bernama Suzzane.



“Ma, I have something to tell you.” Kata Suzzanne memulakan bicara.

“Yes. I’m listening, sayang.”

Suzzanne menceritakan segalanya kepada ibunya pada petang itu.
A normal ‘mother-daughter’ sesh bertukar menjadi tegang. Pertengkaran kecil mula mengambil tempat. Pelbagai emosi bercampur baur. Kadang kadang kelihatan Suzzane menitiskan air mata, diselang selikan pula dengan titisan air mata dari wanita tadi. Kadang kadang Suzzane berkata lembut seakan merayu, kadang kadang wanita tersebut pula dilihat memujuk Suzzane.


Selepas seketika..


“Please la Suzzane, cari lelaki lain. Ramai lagi lelaki di luar sana. Dia dah sebaya Mama, sayang.”

“Tapi dia bujang lagi Mama ! And I really love him.” Jelas Suzzane.

“Walaupun sekarang I tahu cinta I belum terbalas, I’ll try my best. I’ll fight with other girls to have his love, Ma.”

“Mama kenal sangat dia Suzzane. Kami pernah sama sama muda. You akan end up dengan kekecewaan, sayang. Stop trying to get his attention now before it’s too late.”

“But, Mama.....”

“No tapi tapi ! Mama dah taknak dengar hal ni lagi. Enough ! Go to your room now !”



Suzzane sedih.

Tidak pernah dia dilayan sebegini oleh ibunya. Dan tidak pernah dia merasa marah sebegini. Masakan tidak, inilah kali pertama Suzzane merasai hebatnya perasaan cinta. 

Tidak pernah dia berkenalan dengan lelaki yang tampan, sweet, caring dan sesempurna ini. Kebanyakkan lelaki, atau boleh juga dikatakan kesemua lelaki pada zaman ini sudah hilang nilai nilai tersebut pada diri mereka. Kebanyakkan lelaki yang Suzzane kenali hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kecantikkan dan kemewahannya.Tidak hairanlah lelaki yang satu ini menjadi rebutan Suzzane dan rakan rakan gadisnya yang lain.

Dalam kesedihan dan tangisan itu, Suzzane membawa diri pulang ke kamarnya .
Namun dia tahu kejadian ini tidak sedikit mematahkan semangat dan memudarkan rasa cintanya kepada lelaki tersebut.

Yang paling penting bagi Suzzane, dia tidak akan sekali kali kalah kepada gadis gadis lain yang mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki itu.


* * * * *

Di kamarnya, Suzzane dikejutkan oleh nada dering dari iPhone 20 pemberian hadiah hari lahir dari Papanya.


Message Whatsapp dari ibunya.

“Don’t you ever tell bout this to your Papa !”


“Tet tet tet !” beberapa saat kemudian masuk satu lagi message Whatsapp dari ibunya.


“And lagi satu, jangan bagitahu Auntie Cindy, Auntie Sophea and kawan kawan Mama yang lain yang kamu kenal this guy. Diorang tu bukan boleh harap sangat kalau dengar nama Roy Romeo. Please !”


Suzzane tidak membalas message tersebut.
Dia terus menangis membiarkan dirinya dibuai perasaan sedih dan hiba.  


Tiba tiba masuk satu panggilan telefon pula. Dari mamanya.
Suzzane hairan. 



“Hmmm... You ada number dia? Send me his phone number, sayang.”








No comments: