24 December 2009

karangan bahasa melayu

nama: amat akim alfonso adabi
kelas: darjah 1 Hujung
cikgu kelas: cikgu amah(sori saya tatau nama penuh cikgu)


Ikan Laga Saya

kawan saya ada haiwan peliharaan bernama kucing. saya pun ada juga. haiwan peliharaan saya ialah seeekor ikan laga. bukan ikan loga, ini ikan saya! loga budak india yang nakal. semua kawan kawan saya tidak mahu berkawan dgn beliau.

saya sangat menyayangi ikan laga saya. hari hari saya melagakan beliau dengan ikan laga abang saya yg dajah empat tu yg dulu pun cikgu ajar dia time dia dajah satu sebab dia tercirit dalam seluar. ingat tak?? hari hari saya menukarkan air dalam balang ikan laga saya. bukan saja tukar air setiap hari, malah saya juga menukarkan nama ikan saya setiap hari mengikut nama kesukaan saya. semalam nama beliau remi isehak. hari ini saya ingin meletakan nama cikgu ramlah kepada ikan laga saya kerana cikgu ramlah telah merotan saya semalam kerana saya cuba mencium pipi aminah kelas 1 Depan yang comel yang anak tok siak surau taman rukun tetangga tu .

kesimpulannya, saya sangat sayang cikgu ramlah. bukan cikgu yang rotan saya semalam, tapi ikan laga saya yang bernama cikgu ramlah tu. boleh tak saya dapat tiga bintang dengan karangan tiga perenggan saya ni cikgu???

No comments: